peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Monday, June 14, 2010

Nukilan baru....

Assalamualaikum....
Nukilan ke9, bce lah. Untuk pmbacaan semua. Tidak ade kena mngena smada yg hidup atau yg mati. tq, hehe.

CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA….

Dahulu, aku pernah diterangi,
Aku pernah disuluh dengan cahaya indah.
Ketika itu, hati sangat meronta inginkan jiwa yang terang,
Aku dihulur gembira, Tetapi akhirnya,
Dipanah duka dan terus ditembak sengsara.
Waktu itu, ku inginkan, ku dambakan,
Kasih si riang gembira.
Sesekali bila terasa sunyi,
Terdengar cahaya memanggil diriku,
Hati bimbang, takut-takut, cahaya yang suram bersuara.
Aku cuba selusuri jiwa nurani, ku selak lapisan-lapisan duka,
Cuba mencari nota-nota gembira.
Telah ku jumpa titik-titik riang yang membuatku gembira dari nota itu,
Aku terus meluncur laju, mencari bingkisan yang tegap tanpa ragu-ragu.
Aku mencari formula yang bernokhtah untuk konklusi diriku.
Kian lama menyelongkar, cuba mencari cahaya yang tembus dari dinding-dinding peta.
Baru ku sedar, tika itu, terpancar sinar dari dunia benua.
Ku terharu dan tersenyum.
Apa yang ku dambakan kini terbuka luas.
Kasih dan cinta Illahi.
Bersama dititipkan kasih dan cinta, Dari,
CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA.

Nukilan,
Qifa Muhammad ( 7 Jun 2010 )

Bye2, tq. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment