peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Sunday, June 5, 2011

Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah sekembali dari Ipoh menghadiri kenduri kahwin saudara.

Bacalah nukilan ini......

Kisah pertama

Kenduri kahwin merupakan satu majlis untuk meraikan pasangan pengantin. Dihadiri oleh sanak saudara. Namun, zaman kini, berubah. Dek kerana sedikit kesalahan atau salah faham, segalanya tidak seperti dulu. Kecewa, sedih, syahdu mengenangkan adik nya yang lupa pada kakaknya, abg nya yang lupa pada adik nye. Pakcik nya yang lupa pada anak saudaranya. Titisan airmata mengalir dikelopak mata. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan??


Kisah kedua

Perselisihan faham, pertengkaran dan perbalahan berlaku dek kerana sesebuah majlis. Selesai majlis dengan gilang gemilang. Namun, si anak pula tidak endahkan ayahanda dan bonda nya. Si abg pulaukan adinda nya. Di sebalik itu, si ayah, mengingati dan merindui anakanda nya. Si ibu, perlukan kasih sayang dari anakanda nya juga. Si adik perlukan bimbingan kekandanya. Itu hanya tnggal kenangan. Kini lupa asal azali nya. Lupa pada mereka yang menatangnya bagai minyak yang penuh dahulu kala. Persoalan nya, Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah ketiga

Andai kata dirimu ada RM1 juta. Bahagikanlah sebelum engkau pergi. Mungkin itu resolusi kepada kisah ini. Dek kerana tanah sekangkang kera, rumah tidak berbata, lantai tidak dirata, ladang hasil x sberapa. Tercetus, episod duka. Bukan untuk direka, bukan untuk dilupa, bukan juga untuk digelapkan segala harta. Namun, isu ini berleluasa. Tidak dibendung oleh keluarga, parah hingga hujung nyawa. Jangan sampai kerana harta, bergadai saudara mara. Jangan sampai kerana wang sejuta, hidup penuh dgn ranjau dan duka. Tidak bersemuka, tidak bertgur sapa. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?


Kisah empat

Adik, kakak, abang, along, angah, acik dan sebagainya. Manja panggilan. Namun, pabila mulut berbicara, hati tidak berfikir apa-apa. Kumat-kamit melontarkan berita, mula untuk berburuk sangka, Akhirnya. Masa diiringi duka. Duka diselaputi sengsara. Sengsara diheret ke muka. Muka jatuh ke  hati dan lahirlah perasaan Benci. Bukankah lebih baek kite duduk bersemuka, berbincang bukan membuatkan ia bergoncang. Sebaliknya ia tidak dijadikan teras sesebuah keluarga. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah lima

"Korang2, korang nak tau x, si A tu kan suka sgt menyakat ak, aku benci lar. xsuka betul. Kite pulau die lah eh" begitulah bait2 kata zaman kini. Mula bermusuhan, mula memulaukan, mula untuk membenci. Hakikat nya. Kita perlu sedar. Sejauh mana itu akan terlaksana. Andai esk masih ada, kite tetap bersua. Lari dari realiti namun bayangan tetap mengekori. Lumrah kehidupan bukan begini, tapi perlu diperhalusi untuk kita memahami apekah erti mereka yang menghampiri. Benci. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah enam

"Awak, kita kawan sampai bila-bila". Tiba-tiba suatu hari, terlerai bait2 kata yg telah diuntai rapi. Bukan kerana merebut lelaki, bukan juga kerana mencari calon isteri, namun dek kerana tidak pndai membahagi, tidak rela dikongsi, tidak suka untuk dibelunggui. Haih. Zaman kini penuh godaan. Sekejap disini, sekejap dikiri, Permusuhan mula dirasai, persaingan mula dianggap perang yang hakiki. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Jadi...... 
6 kisah si pemerhati. 
6 kisah perlu dihayati. 
6 kisah perlu direnungi. 
6 kisah perlu untuk kita jauhi. dan 
6 kisah yang perlu kita ikat rapi agar tidak terbuka untuk dijadi bukti di akhirat nanti.

Jangan bermusuhan kelak nanti hidup keseorangan. 
Jangan melanjutkan pertengkaran kelak nanti dijadikan bahan tawanan.
Jangan rebutkan harta kerana harta tidak dibawa ke syurga.
Jangan berburuk sangka kerana hati akan bernanah luka.
Jangan membenci kerana hidup akan diracuni duri. 
Jangan menjauhkan diri kerana hati lebih indah jika disirami .

Nukilan khas buat semua.
Keluarga, sanak saudara, rakan-rakan serta yang mengenali empunya.

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. jiwang hbs tokei...from duan..

    ReplyDelete
  2. waa.. afiq, saya ske cite anda... mmbawa mkna especially kisah 5 n 6 tu slalu sgt ade dkalangan yg mda2...

    ReplyDelete
  3. sama-sama kita hayati dan renungi.
    bukan jiwang, tapi peringatan buat semua.
    jika ada 6 kisah ini, perlu kita ubati, selagi masa masih ada.

    ReplyDelete
  4. sepatutnye keluarga la tempat kite menumpang kaseh,bergurau senda bergelak tawa tapi bler da jadi camni.haih.
    afiq,ingat x,there're times when strangers are like family,and family are like strangers. ;))

    ReplyDelete
  5. realiti ke ni? semua cerita itu sama.. .kan best kalau saya kekal menjadi kanak-kanak . . .

    ReplyDelete
  6. haha,,every family memg ada inner conflict ,,,hahah:) normal lah

    ReplyDelete