peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, June 30, 2011

Tourist part 2

"Allahuakbar, Alllahuakbar"..... Laungan azan dari surau di belakang rumah mereka. Selalunya dorang bertiga pegi solat berjemaah. tapi, disebabkan tourist terus tak pegi. apa nak jadi lah. "Wei, sebelum kita keluar, apa kata kita solat jemaah dulu" kata Lan si ketua rumah. "kau biar betul Lan, demam ke tetiba solat jemaah kat rumah" kata Azli. Lan menjawab mudah "Aku nak mohon perlindungan dari godaan syaitan, faham-faham lah" Sengih mereka bertiga.

Dalam kereta.....(lagu NurKasih berputar)

"wey, malam ni nak aqiqah minah holland tuh hotel mana". Paaarrrppp!! kotak tisu kleenex dengan protoraip van milo melambung kena kepala si Azli kat belakang. Azli nih perangai gila-gila sikit. Kereta proton Inspira dipandu laju dari rumah. Jam baru pukul 7.30 malam. Masih awal. "Lan, stop jap kat 7E, aku nak beli sesuatu" kata Mat. "Nak beli barang lelaki lah tu" sambung Azli."Aduuhhhhh!!" kuat jerit Azli lepas kepala dia kena katuk dengan Blackberry Bold 3 Mat. "apa pun tak boleh", kata Azli

setibanya di Hotel Premula....

"Wey, biarlah aku yang bukak pintu", "Biar aku lah", "Aku driver, biar aku lah" kecoh nak rebut siapa yang bukak pintu. Tiba-tiba......... WOWWWW!!!!!! Mata terbeliak, mulut ternganga, air liur hampir meleleh di tepi bibir... Adriana keluar berbaju kurung kotak-kotak. Ketiga-tiga yang ada kat luar kereta, kelu lidah. dengan rambut ikal mayang, tinggi, berbaju kurung. Ayu sungguh... macam Ana Raffali versi Holland.



"Hi all" kata Adriana pada mereka. Mereka terus masuk kereta. Adriana mula kan bicara...

"How are u?"
"Fine" kata mereka.
"Have you taken your dinner?"
"Not yet. we wait for u"
"oh, so nice of u my dear friend"

Tibe-tiba lagu Faizal Tahir, Gemuruh berputar di radio. Terdengar siulan Azli dan nyanyi sepi Mat di belakang. Adriana tanya " who's song is this?". Mereka menjawab Faizal tahir, lupa yang Adriana nih bukan org Malaysia. "What? Who?"... Mereka tepuk dahi. Azli menambah " This song sing by Malaysia's Superman"... Hahahaha. ketawa mereka pecah dalam kereta.

Kereta terus dipandu laju ke Kg Losong Hj Su.... Objektif mereka hanya untuk makan keropok lekor. dalam kereta itu tak bising, tak sunyi. jarang sembang, konon mereka tu pemalu... sesekali lagu english diputarkan, Adriana turut menyanyi, terutama lagu Lady Gaga n Lagu JLo....

Bersambung...............

p/s siapa yang tidak tahu asal usul cerita boleh baca Tourist part 1

p/s happy dah habis practical

No comments:

Post a Comment