peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Friday, July 1, 2011

BERSIH 2.0 vs PEMUDA & PERKASA = Darurat 2011

Assalamualaikum!!!

Sebelum baca blog, korang perlu kosongkan minda, jangan fikir apa-apa, kerana entry ini memang perlu buat anda berfikir. macam slot Aduan Rakyat plak rasa. kalau x suka, jangan baca, kalau nak baca, silakan.

9 Julai.... 9 Julaii..... 9 Julaiii.... yes!! dah nak dekat. tak sabar nak tengok apa yang berlaku. sapa yang tak tahu 9 julai ada apa, sila rendam air dalam baldi berisi Coca-Cola. Perhimpunan haram Bersih 2.0. sejak dua menjak ni, nama perhimpunan pun dah semakin sedap dan menarik.

Bersih 2.0. Orang yang mengemudi Ambiga. yang anak-anak buah pun teruja ikut sama. tapi sebenarnya kalau dilihatkan tuntutan bersih tuh. bagus jugak. korang tau x ape tuntutan Bersih? sila baca link. namun rasa macam tak kena plak dengan cara perhimpunan yang dijalankan. dan yang best tuh, perhimpunan itu berunsurkan politik. nampak sangat. ketara dan jelas.

dalam tuntutan tuh ada kata pasal rasuah. macam lah parti politik yang dok melawan kerajaan tuh takda yang rasuah.then, tuntutan hentikan politik kotor. politik mana boleh bersih, memang semua nya kotor. tapi, kalau tuntutan seperti dakwat kekal, kempen 21 hari. itu bagus.tuntutan tuh sangat bijak.so SPR, buat je la. demi keamanan negara. apa susah, ambik je memorandum tu, laksanakan.selamat negara.

dalam kecoh-kecoh Bersih. tiba-tiba ada plak manusia yang nak jadi hero. Khairy Jamaluddin dari PEMUDA dan Ibrahim Ali dar PERKASA. Alamak. apehal plak dorang nak sibuk pegi berdemonstrasi sama. kalau ye pun korang berminat nak join Bersih tapi tak boleh sebab korang orang kerajaan. tak payah lah sebok nak halang. biar je lah. pandailah FRU simbah pemedih mata kat dorang yang buat kecoh. memang tak paham betul lah.

punya lah kuat penangan Bersih, sampai tadi khutbah jumaat pun bercerita pasal Bersih. memang betul kata khatib, jauhilah perhimpunan haram. jangan menjadi sebahagian yang menggugat keamanan negara. BERDOSA. itu yang tak faham,dah tahu perhimpunan haram, pegi lah mintak permit kat polis. ahaa... for sure polis tak bagi. so, tak payah buat perhimpunan. buat je tuntutan, suruh je 10 orang kuat Bersih pegi pejabat SPR, jumpa pengerusi SPR, lempar je memorandum atas meja suruh dia baca. then, blah. kan mudah.

hari ni, dalam Utusan. header besar "SPR CABAR BERSIH". Haaa... keluar lah macam-macam bukti yang menunjukkan pilihanraya itu sudah memang bersih. macam-macam hal. last one, kepada pemimpin terbesar UMNO and PERKASA. Tolong lah jangan biar mereka pergi menghalang. supaya tidak akan jadi DARURAT 2011.

jadi, kepada anak-anak muda, fikirlah yang mana baik dan buruk. Allah kurniakan akal untuk anda berfikir. Jika anda rasa Bersih 2.0 baik. teruskan berjuang (kalau kena pemedih mata, jangan mengadu dekat family). jika anda fikir Bersih 2.0 tidak baik. duduk rumah dan berdoa agar negara Malaysia aman.

p/s saya tidak menyokong mana-mana pihak dan saya tidak patut didakwa ISA. HAHAHAHA.

5 comments:

  1. bersih nih sbnrnyer utk sumer org, pembangkang dan kerajaan, yg nampak mcm politik sebab hampir semua penyokong bersih adalah pembangkang dan hampir semua pembangkang bersih adalah kerajaan. bersih dah mintak kebenaran nak berhimpun, kenapa kerajaan tak bagi? kalau kerajaan bagi, boleh bersih tuh berarak mcm perarakan kemerdekaan tuh, takder masalah , tapi sebab kerajaan tak luluskan dan menganggap bersih haram tiba-tiba nampak teruk pulak bersih ini.. kenapa kedua-dua pihak sekepala jer dalam hal ini? negara aman, 2-2 pihak puas hati..

    -Pandangan Orang Jauh-

    ReplyDelete
  2. i agree with u abg afiq,,,bersih nie buang duit,,,,,membazir,,apa mereka dah cukupp bersih??haih!

    ReplyDelete
  3. jom sama2 bersihkan diri,masyarakat dan negara..
    bersihkan 2-2 pihak..
    2-2 ada betul
    2-2 ada salah
    bersihkan semuanya barulah negara aman
    dan diberkati yang maha esa.. =P

    -kacak berfikiran positif-

    ReplyDelete
  4. x berani la nk komen2 pasal politik ni..
    nt kna blacklist plak x pasal2..

    cuma..nak bgtau..setuju ngan entry ni..
    x perlu lah perhmpunan bersih ke haram ke kotor ke segala bagai..
    keadaan politik dah cukup kucar kacir sekarang..
    sampai tak tahu betul salah..
    perhimpunan ni mcm mengkeruhkan lg keadaan..

    ReplyDelete
  5. mendoakan Malaysia terus AMAN


    https://rmf7.wordpress.com/2011/06/22/mesti-baca-analisis-bersih-2-siapakah-dalang/

    ReplyDelete