peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Tuesday, July 5, 2011

Diri Sendiri

Assalamualaikum.

"oooohhhhhh akuuu penganggur" ya.. ya.. that's right wey. aku memang penganggur. itu yang aku dengar pagi tadi dalam radio. tiba-tiba lagu Sudirman. Awesome juga lah kan. bertepatan dengan apa yang aku buat sekarang.

disebabkan itu, segala pelawaan yang aku dapat dari mana-mana pihak, aku terus kata okeyyy. ajak lah ke mana sahaja. dua perkataan aku reply. "ok gang". "smart, terbaik" reply member aku. ooohhh, well. I'm terbaik and smart. baru tau ke, itu kata aku pulak. kawan aku pulak reply "boleh blah".

sunyi selepas itu. siap terus keluar cari udara luas. buka minda yang padat. cari resolusi kepada segala masalah. dan celik mata dan hati untuk terima kenyataan yang negara kita diambang darurat. ooohhhh!! Damn!! ape kes?
ape lagi kalau bukan Bersih 2.0. okey. malas nak cerita sangat benda alah tu. ramai tembak aku nanti. so, duduk rumah, berdoa agar Malaysia aman dan harmoni sejati.

monolog diri sambil memandu. "agak-agak aku nanti nak jadi apa?". ehhhhh, wey.... ade setahun lagi lah. hati yang jahat bicara. hati baik turut join untuk berdebat semula "bodoh, kena plan apa yang perlu, kalau tidak, hilang dimamah dunia". elok-elok selalu pegi surau, jangan ke club pulak kan. aish. bergaduh kedua-dua hati kecil.

niat hendak jadi doktor jantung memang dah punah. sekarang apa pula kan? accountant, ahh!! aku tak belajar akaun. broker saham. weyh, saham pun tak tahu asal usul nak jadi broker, ada hati. bengong. mungki boleh jadi ahli muzik. lagha lah wei. main alat muzik apa? kompang untuk orang kahwin boleh lah.

tak tahu nak kata. biar Allah yang tentukan. kita rancang je yang terbaik untuk kita. ahhhh!!! sudah jam 9 malam. jom lepak.

bye. Assalamualaikum

9 comments:

  1. sekarang nie mmg zaman budak u melepak sambil mnyanyi lagu sudirman tu...lalala~ sme2 la kte mnynyi dgn riang~ =.='

    ReplyDelete
  2. haha. betul lah tu ika. memang melepak sahaja tak ingat dunia.

    ReplyDelete
  3. rancang hidup baik2... dan mati pun kena rancang jugak..tu lagi susah =p=p=p

    ReplyDelete
  4. aku tak fikir sangat pasal masa depan.
    teruk kan?

    ReplyDelete
  5. lalalala kerjalah. teringat lagu meet uncle hussain

    ReplyDelete
  6. Hah jangan risau. Aku rasa semua orang ada cita cita nak jadi doktor. Bila dah kecundang aihh. Takpalaa guna plan B hee.

    Kalau ada usaha jadi apa pun berjaya :)

    ReplyDelete
  7. Selamat berfikir pasal nak jadi apa nanti. :) saya pun pening. T.T

    ReplyDelete
  8. yui92 : owh, betul tepat sekali.

    mirachantek : ooohhh. tidak lah teruk cuma belum sampai masa lagi.

    perempuanvirgin: oh, well. nice songs.

    pemuzik : plan B is normal. strive hard. boleh berjaya punya.

    hana: jangan pening. nanti otak kering. haha.

    ReplyDelete
  9. men kompang org kwen pown leh jugak
    sambil2 marhaban kan
    ^_^

    ReplyDelete