Assalamualaikum.
Blurrpppp.... Alhamdulillah. maaf kurang sopan sikit sebab sedawa dekat blog. tapi saja buat sebenarnya. pagi tadi lepas je update blog, siap-siap untuk keluar lunch dengan family termasuk sepupu-sepupu saya diikuti dua orang anak kecil. lapan orang kesemuanya, padat satu kereta.
hari ini giliran untuk makan di kedai SAMBAL HIJAU. woah!! kedai ini memang super, duper licious. memang tip top. kedai ni ade betul-betul dekat sebelah masjid di Sg Penchala. makanan disini memang pelbagai. lebih kurang 50 ++ lauk pauk yang ada.
pintu masuk Sambal Hijau |
sampai sana dalam pukul 1 petang. kedai penuh, pack, kerusi tiada, orang ramai, meja penuh, makanan banyak. macam mana nak makan? terpaksa tunggu, sehingga table kosong, then baru makan. akibat datang lambat dan masa peak hout kan. so.... berpusu-pusu dalam kedai yang sempit itu.
macam-macam lauk pauk yang dihidangkan, antaranya, sotong, ketam, udang, ayam, telur, ulam, sayur, sup, ikan bakar dan macam-macam lagi lah. paling power, dia punya sambal hijau. woah!! terbakar mulut. boleh keluar asap dow. makanan sedap, dan mengenyangkan. dan boleh tahan berpatutan juga, walaupun dalam kategori mahal. so tengok je lah gambar di bawah ini. tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaa.....................................
ikan bakar |
tembikai laici + nasi + ketam + ikan keli + sayur |
nasi + sotong + ayam goreng berempah + sambal hijau |
"this is best bro" kata nabil. itu sahaja nak cakap. siapa yang berdekatan boleh pegi ke sana untuk mencuba dan merasa
p/s yang rasa tak tau di mana, sila mintak tolong en. Google.
bye. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment