peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Tuesday, June 28, 2011

Tourist part 1

Tali gitar dipetik Lan satu per satu dengan lemah longlai. sambil mulut kumat kamit DO.. RE... MI... FA.... SO... LA.. TIDO. 'Uissh' Mat memukul kepala Lan. 'Kau nih asal ada kat rumah je tido, asal tido je kat rumah' Mat sound direct. 'Suka hati akulah, rumah aku, ape pun tak boleh (gaya Jambu)' Lan merungut.

Datang Azli dari pintu, jom pegi jalan Pantai Batu Buruk sahut beliau. Lan dan Mat mata terus membulat. serentak mereka berdua 'JOM'. Dengan berseluar pendek Billabong, tshirt Pagoda, selipar Flipper warna warni, shades RayBan pasar malam, dorang terus keluar lepas Asar sambil bawak gitar kapok sebuah.

Dalam kereta....

Motif kita bertiga pergi Batu Burok nak wat ape? Lan bertanya. Azli jawab mudah, saja lepak-lepak usha awek cun, boleh jugak cegah-cegah maksiat. kan dapat pahala. Ketawa pecah. Tibe-tiba lagu Awan Nano kat radio. Serentak mereka bertiga nyanyi, tapi sebab tak tau lirik, reka lirik sendiri "Begitulah Awan Nano.. Nano.. Nano, Nano Nano....." dan bereterusan sampai habis.(sumpah tak sedap kalau dengar)

Di Pantai Batu Burok..

Wey, jom beli RootBeer kat A&W kata Lan. 'Set', serentak Mat dan Azli. Baru nak masuk je, tiba-tiba ada orang menyahut 'Halooo, vrede, begrijp je Nederlands'... Ketiga mereka pandang serentak sambil mulut terbuka luas, mata terbeliak tak berkelip sambil berkata 'rezeki weyyyyyyy'. Mana tak nya kalau tourist tuh berbikini je. Ketiga mereka menjawab serentak 'Hello' dengan nada British. dan Lan sambung ' i dont understand what u saying'. Tourist tuh pun pelik. Tourist membalas 'Do you understand English?' Yesss serentak merekamacam memberi salam pagi dalam kelas darjah satu.

Tourist tuh sambung 'where can i get the pure kropoks lekors?'. Azli menjawab, 'u can find kepok at the Losong place' Tourist semakin pening, dan Lan dan Mat dah menahan ketawa kat sebelah. Maklumlah gagap jumpa tourist. Kemudian, Lan menyambung, 'if u want us to bring u, i can bring u to Losong place, u can eat much and many there'.

Tourist itu pun tersenyum lalu berkata 'U can fetch me after your prayers at 8 at the Premula Lobby... See u there..' Tourist itu bagi mereka business card. Mereka serentak menjawab 'okey dear, tq, love you' dan terus berlari kegembiraan. Tourist itu tergelak dan senyum keseorangan.

Budak bertiga tuh terus tak jadi nak beli RootBeer, tak jadi nak lepak kat Batu Buruk, terus naik kereta, balik umah dan berebut nak mandi. Semua nak bersiap smart-smart sebab nak jumpa tourist tuh malam nanti. Padahal jam baru kul 6 petang...

Jam 7.10, Azan Maghrib berkumandang.......


Bersambung............................................................

p/s nak balik keje. bye.

1 comment: