peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, March 15, 2012

Langkah Akhir Sebelum Titik Nokhtah

Assalamualaikum. Hai. Selamat petang.

Syukur, Syukur, Syukur, Ya Allah. Ehh, lagu Raihan. Tiada perkara yang dapat diungkapkan melainkan Alhamdulillah. Sebab????? Selesai sudah. Satu tanggungjawab yang dirasakan berat. Lega rasanyaaa. Akhirnya, selepas penantian lebih kurang 10 tahun, Konvensyen Matematik Malaysia 2012 berjaya direalisasikan dengan jayanya.


Coppp, tamatnya KONMAT'12 tidak bermaksud selesai tugasan atau tanggungjawab lain. Masih pelbagai lagi tanggungjawab yang berbaki. Bilalah agaknya betul-betul boleh berehat sepenuhnya dari tugasan yang dipikul. Dengar kata sampai bulan 9. Lama lagi nampaknya. Tapi bila difikirkan kembali, terasa syahdu. Banyak kenangan telah diukir sepanjang sesi 2011/2012 ini.

Namun, satu perkara yang masih menjadi tanda tanya. Siapakah bakal pengganti seterusnya. Hari demi hari, sentiasa berfikir. Harapan hanya satu, bakal pemimpin akan datang mampu untuk memacu HIMMAT ke arah yang lebih hebat.

Dalam tidak sedar, tiba-tiba rasa sudah semakin hampir untuk menamatkan pengajian. Terlampau singkat rasanya. Rasa macam baru mendaftar beberapa bulan yang lalu. Tapi sekarang sudah semester terakhir, semester 6. Semakin sibuk. FYP, HIMMAT dan pelbagai lagi tugas yang perlu dilaksanakan sebelum bergraduasi. Semoga saat akhir berada di bumi UMT ini, diberkati, dirahmati, dan diredhai. Insya-Allah.

Persiapkan diri, persiapkan peribadi, jangan sampai hanyut bila diluar nanti.
Diri asyik mengantuk. jangan hanya duduk tersenguk, kerana masa semakin suntuk,
Jangan hanya berdiam sunyi, sampai terasa dibenak hati, kelak nanti akan rugi.
Serikan hati dengan cinta, jauhkan diri dengan duka, supaya kita hidup bahagia.

Sunday, March 4, 2012

Doakan Kami & Kita Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ohhh!! Jam 3.41 pagi. Mata masih tidak mengantuk. Hati rasa sangat syahdu. Kepala sentiasa ligat berputar, menanti hari esok dan seterusnya. Menempuh beberapa hari yang getir. Saban hari semakin letih, kudrat semakin berselirat. Urat-urat dawai semakin kendur, liang leher mula menjerut hingga ke kepala. Garis-garis liku dihati semakin berbekas. Ada apa dengan diri aku. Ini tidak lain tidak bukan, satu sahaja benda yang masih lagi tidak berpenghujung. Apaaaa??

Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT'12)

Apa? Di mana? Siapa anjur? Bila? Ohhh!! Pelbagai soalan muncul. Perlu dijawab dengan tenang kepada penanya soalan. Jangan rimas, mereka perlu tahu. Itu kemahuan. Banner? Bunting? Video? Gimik? Running Order? Makanan? Goodie bag? Apa ini semua? Buat kepala berpusing disebabkan terlampau berfikir. Segala persiapan perlu disiapkan. Jangan tertinggal satu pun. Kalau tidak, haru jadinya.

Bilanya KONMAT'12 ni? Jangan sembang kencang.... Buat dulu baru hebah, baru cerita. Ini tidak, baru buat proposal, sudah mula sembang macam esok program. Puiiiii!!!! Kalau nak hina pun, jangan macam tu, Biar 9 & 10 Mac 2012 menjadi saksi. Samada sembang kencang aku hanya khayalan ditiup angin Pantai Teluk Ketapang, atau ia menjadi kenyataan yang bakal tersemat dalam diari dan kamus atau disebalik buku sejarah UMT selepas 10 tahun akan datang. 

Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran, kutukan demi kutukan, terduga, diduga, menduga. Aku tetap tidak berhenti bergerak, biar merangkak, biar bertatih, biarlah perlahan. Janji ia berjalan. Anak-anak buah mula berlari bila dikejar, tapi mula berjalan jika tidak disuntik dengan nada marah dalam dunia maya khayalan.

Tekanan, marah, sakit hati, makian, pujian, cacian, itu normal. Siapa terasa, perlu lihat kembali apa salah mereka dahulu. Jangan hanya tahu bermuka bengis. Jangan hanya tahu tarik muka. Perlu lebih rasional. Tapi, selepas satu bulan, aku lihat mereka mula bijak. Mula mengorak langkah, satu persatu cuba diselesaikan. Yang degil, itu tetap ada. Tapi itu tetap normal. Jangan pernah berhenti berharap. Peluang terbuka luas untuk mereka buktikan pada kita, mereka, dan sesiapa sahaja.

Kini berbaki 5 hari sebelum KONMAT'12. Mampu atau tidak, kita hampir 80% bergerak. Melangkah 1% ke 80% adalah satu perkara yang membanggakan. Bukan mudah, bukan kacang, bukan juga permainan dan persaingan untuk mendapat nama. Tapi apa lebih penting, ilmu kemahiran, ilmu didikan, ilmu kesenian dan ilmu kemuafakatan dalam sesuatu perkara. Itu lagi penting. Jangan hirau apa orang kata, janji kita semua bahagia.

Moga KONMAT'12 mampu menjadi platform terbaik bagi kita sama-sama memperbaiki diri. Sama-sama menuntut ilmu. Sama-sama berusaha dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, mohon kekuatan, mohon semangat, mohon doa yang terbaik buat kami dan kita semua. Semoga berjaya!!!!! Insya-Allah.