peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, December 15, 2011

Lama Tidak Menulis.

Assalamualaikum semua............


"Ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan, demi untuk mengecapi, hasrat murni di dalam hati" Eh, menyanyi pula.

Tarikh last update 4 september. Hari ini 15 Disember. Ohhhh!!Lama sudah tidak update. sangat berhabuk dan sangat kotor sudah blog ini. Perlu dibersihkan dan diberi nafas baru untuk kembali bernyawa. takkan nak biarkan blog afiqsahidi ni membisu je kan. bila lagi nak update. 

"sekiranya takdir menguji, cekalkan lah hasrat di hati, semoga kesusahan bisa, mengajar erti terus asa" sambil update sambil dengar lagu. ini lah gayanya. tetiba terkeluar lirik lagu Hambamu. Okey. Lirik dia memberi makna yang mendalam untuk kita sebagai pelajar. rugi jika tidak menghayati lagu ini.


"usaha dengan doa, masanya akan tiba, dengan restu Illahi, kelak pasti akan ditemui". okey. sila baca semua quotes di atas dengan melody yang betul supaya pitching tak lari.


dekat-dekat tarikh peperiksaan, semua mula memasamkan muka, semua mula berfikiran negatif termasuk menjadi stress tidak tentu hala. tidak terkecuali diri saya. tapi kita harus ingat, kadang-kadang kita tidak boleh terikut sangat dengan perasaan begitu. chill, tenang, sabar, tabah. baru boleh buat kerja.

sedar atau tidak berada di universiti ini merupakan satu perjalanan yang baru buat kita semua, setiap semester beralih, setiap masa bergerak, satu perjalanan yang baru kita cuba lalui. so, kita perlu bersedia dan kita perlu tempuh dengan hati yang murni dengan niat yang murni. 


dalam perjalanan kita, kadang-kadang kita tersepak batu, terjatuh longkang, tertinggal barang atau ada sahaja salah dan silap langkah. itu semua dikira halangan dan cabaran yang telah ditakdirkan. sama juga apabila kita dalam proses pembelajaran, ada kalanya kita terjatuh, tertidur, terlepas pandang benda yang penting atau ada kalanya kita sibuk sampai terabai pelajaran. jadi, walau apa jua sekali pun, cekalkan hati, tabahkan hati tempuhi dengan kesabaran. jangan sesekali mengalah. kita ada rakan, kita ada keluarga, kita ada Allah untuk kita mengadu. jadi mengadu lah. Mohonlah pada Nya.


dekat dengan minggu peperiksaan, semua mula menghadap buku, yess. itu sangat bagus. usaha itu penting. jangan hanya merungut, tapi usaha kita cuma seciput. jangan hanya tahu takut, tapi usaha kita sangat serabut. di samping berusaha, berdoalah. Insya-Allah, dengan restu Illahi, restu ibu bapa, restu tenaga pengajar, restu rakan-rakan kita akan bertemu dengan apa yang kita mahu. Ameeennnnnnnn

Insya-Allah. diri ini, berdoa agar kita dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh minggu-minggu akhir semester ini sebelum menjelang hari peperangan kita.

  • buat rakan-rakan seperjuangan, tabah lah, kita hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk segulung ijazah. 
  • buat adik-adik seangkatan seperjuangan, perjalanan masih jauh, andai kata anda jatuh, jangan terus duduk, malah berlatih lah untuk berdiri semula, dan mula berjalan dan berlari seperti dahulu kala.




Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat kawan!! 







Sunday, September 4, 2011

KiniTiba Masanya..

Assalamualaikum kawan!

"Kini tiba masanya, berhari raya, muslimin dan muslimat, sembahyang bersamaa" eehhh, lagu raya Rafeah Buang pulak. Selamat Hari Raya keenam kalau tak silap. Harap-harap semua sihat sejahtera. Maklumlah, time raya banyak open house, makan macam-macam. At last, perut berkeroncong lagu, mata pula semakin sayu.

hari ini hari ahad, bersaman 4 september 2011. ehhhhhh. macam ada rasa sesuatu pula. "Happy Birthday to u, Happy Birthday to u, Happy Birthday to Afiq, Happy Birthday to u" ehh, ada orang nyanyikan untuk saya. oohhhh. terima kasih. terharuu i tau. ahaks.

Tingtong "Pengumuman kepada penumpang pesawat FY2106 ke Kuala Terengganu, sudah sedia untuk berlepas" woaahhhh! kini tiba masanya untuk pulang ke Terengganu. kembali ke menara gading, gedung ilmu Universiti Malaysia Terengganu.

Syahdu rasa, hari ini hari jadi, masih hari raya, tetapi, kena pulang ke sana pula. oohh, tidakk!!. tapi apakan daya, ada tugas menanti disana, ada perkara perlu diambil cakna. so, kena juga lah balik.

semester dibuka menandakan aku berada di tahun akhir. OMG!! sudah tahun akhir. sekejap sungguh. azam baru perlu disematkan dalam hati, dan berusaha untuk memenuhi azam tersebut. jangan leka, jangan berduka, jangan anggap sebagai sengsara, jangan penuhkan masa dengan perkara dunia, dekat kan diri pada yang Esa, mohon petunjuk agar bahagia sehingga berjaya di akhirat dan dunia. Amiinnnnnnn.

kini aku berumur 21 tahun. sudah boleh daftar mengundi. tapi harus diingat. angka dua puluh satu bukan penentu kepada kebebasan. kita harus ingat. semakin meningkat umur, semakin berat tanggungjawab yang dipikul. please rememberr.

jangan asyik bercerita, cuba tunjukkan apa yang sebenarnya 
jangan asyik bergembira, nanti kelak bermuram durja
jangan asyik kisahkan cinta, nanti takut hati tak terdaya dengan dugaannya 
jangan asyik bergelak ketawa, takut-takut nanti mencurah air mata
jangan asyik bersuka ria, nanti akan berduka tak terhingga
jangan asyik berkerja sahaja, kerana pelajaran dan ilmu perlu diutama.

sekadar renungan sebelum pulang ke Terengganu hari ini. Semoga semakin tabah, kuat, berani, rajin, dan bijak. Semoga urusan dipermudahkan. Semoga iman bertambah kuat. Semoga restu ayah dan mak menjadi pendorong kejayaan. InsyAllah.




Selamat Hari Lahir buat diriku ini.

Assalamualaikum

 p/s tidak sabar untuk berjumpa adik-adik baru. justeru blog ditutup untuk seminggu. sekian.


Wednesday, August 31, 2011

Raya Pertama, Kedua dan Ketiga..

Assalamualaikum!

Entry back to back hari ini. Okey, sebenarnya bukan apa, masa terlampau terluang. Rancangan tv pulak bosan, tak habis-habis tayang movie lama. ade ke tayang Syurga Cinta dekat tv. Adohaaai. bosan lah nyah oiii. Nasib lah Heliza Helmi tu comel kannn

Hari nih raya kedua. Masih berada di Taman Assamara, Changkat Jering, Taiping, Perak. Panjang betulll. Check in pakai BB pun tak sepanjang itu. Kalau semalam sempat lah raya tiga buah rumah. balik kampung my uncle di Cangkat Ibol pekena rendang kerang, dodol asli. Perrrgggghhhhhhh, memang mantopppp. Lepas tuh otw balik singgah rumah Pak Long Din, pekena pulak mee rebus. woaahhh. kenyang dah. kenyang sangat.

Balik rumah, tunggu plak kehadiran saudara dari Sg Buloh yang otw balik sini. lepas dah menjamu dengan masakan di rumah berangkat ke Kampung Bukit Jana rumah my aunty pula. Pekena kari ayam rendang ayam kek choc, kek lapis dari brunei. wolaa sedap semua nye.

Masuk second day bangun pun lambat, lepas mandi semua breakfast pekena milo sejuk. sekarang dah pukul 2.30 petang. tunggu nak makan tengahari pula.satu rombongan keluarga sebelah ayah baru je beransur pulang. kosong sikit rumah dah just tinggal my mom punya sedara yang akan stay di rumah ini untuk beberapa hari juga.

okey, suppose nya hari ini my mom buat mee rebus, tapi tergendala sebentar. so, mungkin lepas ini akan sambung balik proses memasak. esok pula ada majlis aqiqah untuk Muhammad Raimi Qilfi B. Syahidan. dapat pekena kurma kambing. perghhh. sedapp betull.

Muhammad Raimi Qilfi B. Syahidan

Mee Rebus yang bakal siap


Okey, sebagai anak mithali, nak pegi menolong mengemas dan makan tengahari dan solat. Bye.

Assalamualaikum!!

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan !!

Assalamualaikum!



Lama tak update blog, sedar-sedar je dah raya. Alhamdulillah selesai sudah sebulan berpuasa. So, sekarang masa untuk makan pagi. Sehari sebelum raya, masakan macam-macam weyyy. Rendang ayam, rendang daging, lontong, mee rebus, bihun sup. Ooooo. Awesome gilaaa.

Rancangan tv pun menarik jugak, sambil duduk bersandar menaip entry ni pun tengah tengok Ekspresi M. Nasir dan Jamal Abdillah. Woaahhhh!! Suara Jamal memang padu. Legend all time lah weyy. "Kau kekasih awal dan akhir, kau kekasih batin dan zahir......" Oooppss, tertaip lirik la pulak, maklumlah, mulut kumat kamit menyanyi bersama Jamal. rasa macam berduet pulak. *perasan suara sedap*

Sebelum panjang bercerita, nak mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA!! 
MAAF ZAHIR BATIN!! 
SALAM KEMERDEKAAN KE-54!!

saya / aku / gua/ i ingin memohon ampun dan maaf kepada semuanya, terutama kepada rakan R10, rakan Seksyen 5, rakan KMM, rakan UMT, rakan FB dan terutama rakan blogger sama ada yang membaca blog atau tidak membaca blog. Maaf lah jika ada yang terkutuk, terhina, tergurau senda dan semua ter- lahhhh. Moga Syawal kali ini memberi seribu makna dan sinar kebahagiaan kepada anda semua yee.

tidak lupa jaga, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54. Sama-sama kita jadikan kedua-dua hari bersejarah ini sebagai perintis kepada masa hadapan kita yang lebih baik dan cemerlang.

itu je ucapan nak dibuat. nanti lepas raya baru update gambar-gambar raya. walaupun gambar raya semua tak berapa nak cantik. tapi tetap juga nak upload. itu pun kalau rajin.

p/s jangan lupa puasa enam dalam bulan Syawal ni okeyyyy

Sunday, August 21, 2011

Alasan Semata-mata

"Assalamualaikum, salam sejahtera, kepada anda semua, moga bahagia" kali ini opening dengan lagu Rabbani pulak. merdu rasa suara. last update seminggu yang lalu. itu pun kerana paksaan dan dorongan cousin yang berkerja di NSTP. mungkin henda mengambil artikel dari blog saya. *perasan*

Alhamdulillah, kita sudah sampai di sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. sekejap sangat masa berlalu. rasa tidak puas lagi berpuasa dan beribadah. tapi, bila dilihat situasi sebenar, semakin ke hujung, semakin berkurang ibadah kita. percaya atau tidak jom kita try fikir dan renung seketika *sila flashback diri anda*

bila sudah hujung-hujung ini, kalau tengok masjid dan surau, makin berkurangan manusia. kenapa? kenapa? kenapa? itu hati punya cerita.

okey. pertama. bila hujung-hujung ramadhan, menghampiri raya. itu adalah salah satu konon menjadi alasan paling mujarab dan kukuh kata meraka. "malam ini kita pegi jalan TAR nak??" kalau sesiapa yang duduk kolumpor ni, memang tak sah kalau tak pegi sana. lepas maghrib, siap-siap. ingat nak pegi tarawikh, rupanya, tarawikh di jalan TAR.

kedua. bila hujung-hujung ramadhan, "abg, hari ini ayang tak nak masaklah, kita berbuka dekat Istana Hotel boleh?" amboihhhhh. ini kerenah isteri pula. bila dekat nak raya, konon nak kosong kan peti ais nak balik beraya. so, ajak suami berbuka di hotel or restoran. azan maghrib, makan kurma 3 biji, air segelas. solat maghrib dan keluar pegi berbuka. makan tak ingat dunia. sedar-sedar dah pukul 9. terlepas tarawikh.

ketiga. bila hujung-hujung ramadhan, dugaan makin besar, dahaga, penat, letih. akhirnya berkesudahan "hari ini penat lah, tak larat. tarawikh kat rumah je lah". haaaa. itu alasan normal. tapi kadang-kadang alasan macam ni awal-awal ramadhan pun ada juga orang dah pakai.

keempat. bila hujung-hujung ramadhan. sindrom raya kembali. "malam ini kemas rumah, esok malam cat rumah, lusa malam basuh rumah" okey. ini alasan orang yang nak raya sakan. persiapan raya macam nak sambut menantu. macam lepas tarawikh tak boleh buat benda-benda itu kan.

kelima. bila hujung-hujung ramadhan."sedap betul makanan ayang masak. penuh perut rasa macam nak meletup ni, kita tarawikh di rumah je lah eh" amboooiiiiiii. makan tak ingat dunia, lepas tuh nak rukuk dan sujud tak larat eh. suka hati je.

keenam. bila hujung-hujung ramadhan. "malam ini ade game EPL, tak pegi tarawikh lah" ini lagi kurang bijak punya alasan. alasan nih terjadi baru-baru ini. almaklumlah, game epl dah start sekarang. hangat membara. tambah pulak tony fernandes beli QPR. so, ramai nak tengok team tu main.

begitulah alasan yang common diberikan oleh orang-orang di Malaysia. kalau tak percaya, pergi buat kajian. itu pun kalau rajin la. so, sepatutnya, semakin hujung, semakin banyak beribadat. baru lah hipotesis diterima. ini tidak. semakin berkurang. mana boleh macam itu. sepuluh malam terakhir ini ade satu malam iaitu Lailatul Qadr. so, ini yang mesti kita rebutkan, bukannya tudung syria, langsir kamdar dan baju melayu merah dan jingga yang diutama.

Salam Ramadhan bagi 10 malam terakhir. Moga bertambah barakah dan rahmat. sekadar itu sahaja renungan bersaman. Assalamualaikum. Bye.

Thursday, August 11, 2011

Tarawikh

Assalamualaikum!!


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna". Bait-bait lagu bulan Ramadhan. jangan lah baru 5 hari puasa, "mintak mak kueh sepotong, saya mahu makan kenyang perut kosong" kejadah apa. baru puasa nak raya. teruk betul lah kannnn.


blog ceritera afiqsahidi ini semakin sunyi dimamah bumi. Al-maklum lah, Berpuasa. jari tak terdaya nak menaip. alahai. penat kan. macam kerja buruh binaan buat bangunan baru dekat sebelah KLCC pulak. padahallll...... duduk depan laptop online mukabuka enam jam setengah tanpa kelip. Lagha-lagha. Nauzubuillah.

entry kali ini tajuk sepatah kata. nampak macam nak buat entry islamic. tapi belum cukup mampu. cuma nasihat sikit-sikit je boleh lah. solat tarawikh. dalam bulan lain tiada solat yang dikhususkan kecuali bulan Ramadhan. walaupun sunat, tapi benda ini perlu kita amalkan ibarat ianya wajib. sebab apa. sebab ia hanya datang sekali setahun dan banyak fadhilatnya. jom!!

tapi kannn, menarik sebenarnya solat tarawikh ini. bukan apa, banyak kerenah-kerenah kita dapat lihat sewaktu, semasa dan selepas. full of excitement bak kata orang putih. banyak kisah, tragedi dan situasi.

Situasi Pertama, apabila diawal 10 Ramadhan, "jom pegi awal surau, nanti penuh, orang ramai" selalu tak dengar. selalu kan. jangan cuba nafikan. awal-awal Ramadhan, berpusu-pusu orang ke masjid atau surau. towards the end, makin sikit, makin kurang, at last, tinggal satu saf sahaja. soooo, apa kata kali ini kita upgrade sikit, semakin hujung, semakin berganda ibadah kita. mana tahu rezeki kita dapat feel Lailatul Qadr tahun ini.

Situasi Dua, lepas berbuka perut kenyang, pegi tarawikh pun sebab takut tinggal sorang kat rumah. sampai surau, ambik wudhuk sekhusyuk mungkin. masuk dalam, aircond ditaja Panasonic. perggghhhhh. memang sejuk dan nyaman. lepas isyak, orang berdoa kita terlelap sambil sandar kat dinding dengan perut ke depan, mulut terbuka luas. Alahaaaiiiiii.... kau orang datang nak solat ke nak iktikaf sahaja nih. Berubah okey. berubah. makan ala kadar jangan bagi mengantuk.

Situasi Tiga, pak imam dan pak bilal "Bismilahirahmanirrahim ~ ~ " alunan syahdu ibarat Imam Muda Asyraf. Uisshhh, kalau IM Asyraf, memang menarik. ini tidak, kadang-kadang sesetengah surau, pak imam nya sudah berumur, mata pun tidak nampak, dengan tabah dan semangat cuba untuk baca ayat-ayat suci Al-Quran. jadinya, tidak lancar, dan ada bacaan yang salah dan yang paling banyak orang kata ialah "pak imam ini slow lah, kenapa tak baca Juz Amma sahaja".sooo... pak imam, anda memainkan peranan juga okey supaya makmum teruja dan tak lari tarawikh dekat rumah sahaja. senang-senang jemput sahaja pelajar tahfiz datang.

Situasi Empat, apabila kanak-kanak takut dengan tok siak surah/masjid. kadang-kadang mereka nak juga rasa kemeriahan Ramadhan. dorang ikut ayah mak atok nenek ke surau. mula-mula niat suci untuk solat, at last sampai jumpa member, adeh! mula lah bersembang, main tepuk-tepuk kad. main pukul-pukul time solat. tapi the best thing, bila tok siak yang garang pusing belakang, semua berjaya menjadi pelakon terbaik macam rosyam nor. suci dan tawadduk sahaja. so, adik-adik, jangan main-main okey!!



Situasi Lima, haa, ini selepas selesai tarawikh. time ini benda yang paling seronok, ialah Moreh. Wow. tulisan pada papan putih " moreh malam ini ditaja oleh Dato' ......, iaitu Sate dan Nasi Arab" ambooiihhhh.. makan nak sedap sahaja. apa lagi, tiba-tiba je dekat dewan makan jadi ramai. tengok saf tadi tinggal dua sahaja. musykil. paling ramai kanak-kanak. Al-maklumlah, penat main mercun, singgah makan sebelum balik rumah.


Demikian lima situasi, kalau ikut kan banyak lagi. and baru-baru ini, dekat surau, habis tarawikh ada sebuah kereta yang kurang jelas penglihatan pegi langgar sebuah basikal yang tiada penunggang. hancur, remuk, berkecai basikal tu. kasihan adik sorang tu. takpe lah, nanti kumpul duit raya beli baru okey!! coppp, sesiapa yang ada kisah-kisah menarik waktu tarawikh, boleh lah berkongsi.......

untuk itu sahaja, sekadar penceritaan, tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Selamat Berbuka semua. Alhamdulillah selesai sudah 10 Ramadhan kita. Moga ibadah kita, puasa kita, solat kita diterima Allah dan tidak ada kurang ibadah kita sepanjang Ramadhan ini hingga seterusnya. InsyAllah.

Assalamualaikum!!

p/s idea tajuk entry ini diberikan oleh Zulita Mustafa sepupu saya.terima kasih.


Friday, August 5, 2011

Bazaar Ramadhan & Juadah Berbuka

Assalamualaikum!!

"7, 8, 6 Alhamdulillah, Syukur" lagu Too Phat berbunyi di telinga, walaupun tiada soket yang dicucuk dan tiada Media Player yang terbuka. Ajaib. Alhamdulillah, sudah hampir 5 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Kepada yang masih berpuasa, bagus. tahniah. kepada yang sudah tidak berpuasa, sila lah ganti jangan buat lupa sudah.

Sebut pasal ganti puasa ini, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Trend zaman kini, suka ganti puasa apabila sudah dekat dengan bulan Ramadhan. katanya, puasa bulan Syaaban kan bagus. Ahaa!! banyaklah kan. part-part macam itu mula lah cari kebaikan. so, ape kata, tahun ini berubah sikit. lepas masuk je bulan Syawal, ganti lah cepat-cepat. boleh puasa enam sekali. pun bagus jugak kannnn.

"hujan yang turun bagaikan mutiara"... Ahhh!!! melepas lah bazaar petang ini nampaknya.di kala hujan lebat di KL secara tiba-tiba. Alhamdulillah. lama juga tidak hujan kannn... tapi kalau ikutkan memang nak pegi bazaar Ramadhan jugak. harap-harap berhenti lah hujan.

bila sebut bazaar Ramadhan, sesiapa yang taknak pegi memang rugi, kemeriahan bazaar Ramadhan pun hanya pada bulan Ramadhan je dirasakan, bulan lain takda. tak tau lah kalau ada Bazaar JamadilAwwal. rasanya tiada.. dari duduk rumah tidur petang, baik pergi berjalan, mana tau di bazaar boleh jumpa kenalan-kenalan lama ke. siapa tahu.. mungkin itu ketentuan.

ada beberapa nasihat bila pergi bazaar. pertama, kalau boleh pastikan yang lelaki dan perempuan, pakai baju tangan panjang dengan seluar panjang. woahh!! apehal kau ?? sebab di bazaar ini kadang-kadang sempit, padat, penuh macam tin sardin, nanti mula lah terlanggar lah, tersandar lah dan pelbagai, kan dah kurang pahala.

kedua, pastikan jangan mandi. selalu nya pegi bazaar ni, ramai, berpusu-pusu orang pergi membeli juadah. so, pegi wat relax je, balik dari bazaar baru mandi. nanti sampai bazaar, bau ikan bakar lah, bau kambing bakar lah, ayam goreng lah, melekat pada baju.  kan dah free dapat pewangi. siapa nak cuba, boleh la.

ketiga, pastikan jalan pandang atas, depan, kiri, kanan, belakang dan bawah. sebabbbb????? sebab pandang atas, kalau-kalau hujan, boleh berlari terus, kalau depan, jangan langgar orang sesuka hati. ada jugak kes suka saja-saja langgar. itu bahaya...elakkan ye. kalau kiri kanan itu, confirm lah tengok juadah gerai yang ada. kalau belakang, pastikan tiada orang dibelakang anda mengikut rapat. terutama perempuan. macam-macam boleh jadi zaman sekarang.

kalau bawah, hmmmm, ini penting jugak, supaya tidak lah memijak kaki orang lain. dan lagi satu paling penting, bersedekah lah. kadang kala kita nampak ade orang mintak sedekah, jangan buat tak tau je. bulan Ramadhan ini baik bersedekah. pahala melimpah ruah. semestinya dorang duduk kat bawah selalunya, so jeling-jeling lah ye. jangan sampai terlanggar. kasihan mereka.

okey. entry kali ini nak bagi panjang sikit. juadah. ooooo......."lazat dan enak itu lah beras Floral..." tiba-tiba teringat iklan beras.. bila pergi bazaar, rasanya sama aja semua tempat. cuma kemeriahan dan gerai-gerai je yang lain. ape agak-agak juadah yang femes di bazaar? jom lihat gambar di bawah.......... (sila lap airliur yang meleleh di bibir anda)

ayam golek

ikan bakar

karipap

murtabak

roti john

samosa
haaaa....... itu lah juadah yang selalu ada di bazaar ramadhan... tapi itu di bazaar berhampiran rumah lah kan... kalo tempat anda pula bagaimana?? so, paling penting sifat dan sikap kita apabila di bazaar... jangan membeli tak ingat dunia mengikut nafsu. ini tidak, trend sama seperti sebelum-sebelum, ape yang rasa nak makan, semua nak dibelinya. at last, tak habis, dan membazir. Membazir kan amalan syaitan.... pelik kan amalan syaitan, sedangkan bulan Ramadhan syaitan semua diikat??

mungkin kah kita yang menjadi SYAITAN!!! Nauzubillah. Ada yang berkata... "apa yang anda buat dibulan Ramadhan, mencerminkan diri anda sebenar" betul ke? Sama-sama lah kita lakukan kebaikan supaya ia akan reflek kepada diri kita yang sebenar.

Sekadar itu sahaja. Assalamualaikum...................

p/s petang ini harap-harap dapat ke bazaar...

Wednesday, August 3, 2011

Kenangan

Assalamualaikum!

Wollaa!! Salam Ramadhan ketiga. Amacam anda semua berpuasa? Best? Semestinya best sangat-sangat. terutama apabila sampai waktu berbuka.Sebelum berbuka, muka lesu, tak bermaya. lepas berbuka pun, sama jugak, sebab terlampau kenyang. Mana tak nya, makan tak ingat dunia.

Entry ini nak mengimbau kenangan berpuasa dahulu kala sewaktu di perantauan. Perggghhhhhhhhhhhhhhh!!!
Al-maklumlah, tahun ini sebulan berpuasa di rumah. InsyAllah. Bertarawikh pun di surau berdekatan di rumah. Best-best.

Kenangan Masa Lalu....................... (sila flashback dan bayangkan)

1. Di KMM (panjang sila cari sendiri)
- kali pertama berpuasa di perantauan. padahal dekat je pun. macam slow + blurr pun ada. nak berbuka dimana, nak makan apa. semua kena fikir sendiri. selalu nya di dapur dah tersedia, just cari kuih je kan. tapi dengan bantuan rakan-rakan, berjaya mengharungi dengan menarik. berbuka beramai-ramai. berjemaah solat maghrib beramai-ramai dalam bilik yang sempit. sangat menarik.

2. Solat Terawikh di surau KMM (tak ingat dah nama surau apa)
- sangat rajin. boleh dikatakan hari-hari turun surau dengan kawan-kawan. tetapi ada satu kesah, lepas berbuka, solat maghrib berjemaah, kemudian, terlelap. sedar dari tidur dah pukul 11.00 malam. wow!! teruk betul. member-member lain pun lebih kurang sama je, semua tertido. ape nak jadi lah kan.... pukul 11.30 macam tuh dapat mesej ada meeting di surau. kantoi je tak turun solat terawikh.

3. ke bazar Ramadan Masjid Tanah.
- Ini paling best. sebab dalam KMM ni takda bazaar. kira macam makan lauk ala kadar je. tapi bila sabtu ahad, dapat outing, bila keluar je, rambang mata. rasa macam nak beli semua.nafsu godaan membuak-buak. Nauzubillah. paling best di sana yang memang mengiurkan ialah ayam golek. Pergghhhhhhhhh!!! sedap doww..

tamat kenangan zaman KMM.... lama dah wei...zaman UMT.

4. makan seorang diri.
- syahdu je bunyi kan. ini kesah benar. sememangnye aku sangat tidak suka berbuka di bilik orang. tambah-tambah kena naik tangga lagi kan. lagi lah malas.so, berbuka lah seorang diri di hostel B2-216-4. gila tak best langsung. sekali sekala baru lah berbuka ramai-ramai.

5. bertarawikh di surau Al-Irfan
- okey, ini adalah situasi kadang-kadang berlaku. sebab selalunya bertarawikh di bilik sahaja. konon banyak homework dan tutorial lah nak kena buat kan. tapi memang betul banyak. so, buat di bilik dengan pantas. kadang-kadang habis je tarawikh di bilik, terus tidur. ape lah nak jadi......

6. bermain futsal di Canseleri bersama rakan
- okey ini best. lepas je waktu tarawikh di surau. kitorang bersiap, terus gi main futsal. dalam pukul 11 or 12. selalunya weekend. memang best, perut kenyang, tenaga banyak, pegi bazirkan tenaga dengan bermain futsal. main sampai dekat 2 pagi lah baru balik. penat tapi memang menyeronokkan.........

7. bersahur di KFC
- lepas main futsal, balik rehat kejap, mandi-mandi, lepas tuh pegi bersahur. ini semua rancangan rakan-rakan yang kempunan KFC, so, dorang decide untuk sahur di KFC. 2 biji kereta meluncur laju di bandar. lepak KFC Batu Buruk. ingatkan kami je gila gi sahur sana. rupanya ada jugak rakyat Terengganu bersahur di sana. menarik-menarik

8. berbuka beramai-ramai
-penganjuran majlis berbuka beramai-ramai dengan coursemate di As-Syakirin. Kali pertama buat gather. dibantu oleh Mohd Afifuddin dan Mohd Syafiq juga Ahmad Amir Asyraf. kali pertama, memang malu-malu kucing lah semua. tapi lama kelamaan semakin bagus dan mesra alam.

9. berbuka di tepi pantai dan bazaar Syahbandar
-ini pun salah satu kenangan. kami berlima sperti Din, Syafiq, Amir, Ash dan juga saya. tunggu gendang di palu, kemudian baru berbuka. sebelum ke tepi pantai batu buruk tuh, kitorang sempat ke Dataran Syahbandar, melawat dan membeli belah di bazar. syurga makanan. semua rasa nak beli. nafsu-nafsu.

demikian kenangan lampau yang masih segar walaupun dah lama berlaku...... sangat menarik untuk dikenang.

lepas futsal 

As-Syakirin berbuka puasa

Pantai Batu Buruk

lepak malam


Assalamualaikum. Bye. Nak ke bazaar Ramadhan.

p/s entry sebegini rupa adalah disuruh oleh Asilah Ismail. HAHAHA

Saturday, July 30, 2011

Engkau Datang Lagi...................

Assalamualaikum!!

Engkau datang lagi...
Lama telah ku nantikan
purnama demi purnamaku harungi
masa bagaikan terbang begitu sahaja
yang dikutip hanyalah mimpi-mimpi dunia

Engkau datang lagi....
Rejab dan Syaaban melabuhkan sauhnya
Kini, tiba waktu pelayaran bahtera
mencari seribu makna, meneroka beribu pahala
ibadah menjadi tiang pintu berbata
sedekah menjadi satu amalan mulia

Ramadan...
bahtera yang dipenuhi keberkatan dan kerahmatan
datang bersama harapan
amal dituntut agar segala kekotoran dapat dicuci
kita ini kerdil dengan kebendaan yang meraja
Tuhan, dibulan barakah ini aku cuma hambaMU

Bahtera Ramadan...
Dindingnya berbau harum kebajikan
Lantainya bertatahkan emas berlian keredhaan
Tetingkap taubat bersama pintu keinsafan terbuka luas
Tiang-tiang keikhlasan meneguhkan hati melambangkan indahnya bahtera ini

Ramadan..
Iblis dan Syaitan dikurungkan
Kitab Al-Quran diturunkan
Ya Allah, rezekimu amat tidak terhitung inderakata
Ya Allah, kau ampunilah dosa kami, berikan kami peluang
untuk menempuh bulan yang suci dan menyinar ini
tanpa kesesatan

Ya Allah.......
ketika ramadan melebarkan sayapnya
aku mohon rimbunan kasihMu
agar turunnya rahmat Mu kepadaku
aku masih memegang tanggaMu
mendakap cintaMu
yang tidak pernah jauh dari sudut hatiku


nukilan : afiqsahidi + keratan dalam akhbar zaman sekolah

p/s nukilan ini dah dicampur dengan keratan-keratan sajak dari akhbar...........

p/s sejak dua menjak ini suka sangat bersajak, tak tau apesal..........

Bye. Wassalam

Wednesday, July 27, 2011

maaf

Assalamualaikum!!

maaf. 
nukilan ringkas buat anda.
kesibukan mengetuk pintu
menjenguk aku buat ke sekian kali

maaf
tangan kaku menulis
jari lemah menekan papan abjad
mata layu bertemu punca

maaf
lidah kelu mencoret.
kaki kejang melangkah
bibir kumat kamit 

maaf
aku tidak tertanggung
aku tidak peka
aku sangat leka

maaf
tutur aku tiada penapis
kata aku tiada kalis
bahasa aku penuh tragis

maaf
aku perlahan
aku cuba bertahan
tapi aku tidak tahan


sekian. 
nukilan khas : afiqsahidi 

Tuesday, July 19, 2011

Muhasabah

Assalamualaikum !!

Emosi... Duka... 
Sengsara...
Syak wasangka...
Yang keempat tutup bicara..
Tabiat keji jadi biasa..
Yang kelima menyampah sahaja...
Mulut berbicara rambang tujunya...
Hati pula terus teraniaya...
Kerana luka semakin lara...
Dan kini maksiat terus berleluasa..
Cinta Illahi entah ke mana..
Jangan leka dan alpa kernanya..
Kerana kita perlu kembali pada Pencipta
nukilan : afiqsahidi

Selamat malam. Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

Hujung Minggu............

Assalamualaikum!!

"sungguh sukarnya aku mendekatimu, mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku" ooopppp. silap, tertaip lirik lagu pula. wokey. lama dah tak berblogging. penat gila di dunia weekend kali ini. macam-macam aktiviti telah dibuat oleh aku dan keluargaku. woah!!! penattttttttttt.............

mula dengan hari sabtu... "timur ke barat, selatan ke utara" eh.. lirik lagu lagi... sabtu pagi bangun je dah pukul 10 pagi. malam tido lewat sebab berblogging dan berfacebooking dan juga proposalling. padahal pagi ada event di Lake Club. Woah!! Event tau. sangat eksklusif di dunia kan. program Makan Amal bersama Rumah Aman. budak-budak tuh sangat comel. dan apabila persembahan nasyid dorang. woah!! sebak hati wey. sangat syahdu.


program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan Rumah Aman 2 di Sungai Buloh dan Rumah Aman 3 di Changlun Kedah. dan akan menambah lagi bilangan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.





Habis je event, terus ke, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Woaahh!! Bertenang, saya tau anda semua risau dengan kesihatan saya. tapi saya sihat sahaja. Ke sana untuk melawat doctor yang comel, ahaa.. tidak!! dusta!! melawat saudara yang tidak sihat di sana. lama jugak lah kat situ. kemudian... scara tiba-tiba (drum beat)....

Sepupu ajak tengok bola di Bukit Jalil. Mak aih. ape lagi, okey je lah kan. gerak terus ke Bukit Jalil pukul 5. sampai pun dah lambat. masuk stadium sambil berlari-lari macam warming up untuk ganti Hadi Yahya. terkejut!!! rasa macam berada di Anfield. semua merah. dah macam Patriot + Penyokong baju merah di Thailand.

lepas dah meraikan goal dengan riang gembira juga sedih plus duka. gerak dari stadium ke PJ, SS2, kedai Murni. woah!! lepak makan malam, dengan penat sekali disitu. lepas makan, Blah and balik rumah. dihantar oleh sepupu saya. ok. entry ini sumpah bosan.


hari AHAD!!!! balik malam tu, bukan terus tido, boleh pulak on9 disamping msg dengan qila adzman lagi. tidur dalam kul 2 pagi. esok nya bangun lambat dan, kelam kabut siap, dan terus gerak ke KLCC. ke Graduan Aspire. wow!! macam dah graduate kan. padahal setahun lagi. lepas tuh lunch di Cozy Corner Ampang Park. sempat jugak usha hp Samsung Galaxy. rasa nak angkat satu pulak.


balik dari lunch, ke PPUM, melawat orang sakit lagi. ok done!! hujung minggu yang bz di dunia. tapi saya suka walaupun penat melanda.

orang kata : kau bajet kau artis nak tulis ape kau buat hujung minggu.
aku kata : suka hati lah kan. dah nama blog "ceritera afiqsahidi"

p/s entry ini sahaja nak bagi tau aku sibuk hujung minggu. HAHA

Assalamualaikum.

Thursday, July 14, 2011

Anak Kumpulan Wanita part 2

Assalamualaikum!!

entry ini disambung dari kumpulan wanita dan anak kumpulan wanita part 1

u'ols, lama i tak lepak dengan kawan i. sebab tuh tak dapat update cerita kumpulan wanita yang dulu tuh. oooh, today i nak cerita pasal anak perempuan pulak, sebab part 1 anak lelaki kan. anak perempuan dorang pun macam-macam tabiat. ada yang baik, comel, cute, cantik, berani, tegas dan macam-macam lagi. malas describe panjang. jom berkenalan dengan mereka. untuk pengetahuan korang, Ms K tiada anak perempuan. yang lain semua ada, tapi perangai mereka jauh berbeza dari mak/umi/mama/mummy mereka.

anak perempuan Ms A diberi nama cik S. dia ni ikut jugak skit mak dia. suka tengok movie. dia sangat matang. kalau antara rakan-rakan dia yang lain. dia dikira leader ar. suka buat kelakar, walaupun kadang-kadang tak kelakar. huhu.

anak perempuan Ms. Y pulak seorang yang teliti. kerja pantas dan cepat. laju je. nama dia cik F. woah!! pegang jawatan pun banyak jugak. sangat aktif dan ekstrem. bagus betul. sangat suka membantu orang macam mak dia jugak and dia ini dah ada bf, dalam masa terdekat nanti boleh lah kut makan nasi minyak.. ok seterusnya anak Ms F. anak dia ini lain banyak dari mak dia. mak dia suka sangat gelak. anak dia si cik M ni sangan pendiam, tak da gelak-gelak. n one more thing. dia agak blurr. and sangat sensitif jugak. huhu.

ok. then, anak Ms H. oohh!! cik A ini sangat putih melepak dia. aktif. atlet olahraga. mulut becok tak reti nak diam jugak kadang-kadang. bekas juara debat dia nih. pandai. seorang yang tabah dan cekal hati. hehe. next anak Ms D, comel, kecik tapi berbisa. jauh juga beza dari mak dia. anak dia si cik N nih seorang belia yang aktif. sangat tertib dan teratur. wah!! bagus. sangat suka bercerita, suka berceloteh. buat lawak pun boleh tahan lah.  sangat suka dengan Rakan Muda. jawatan pun tinggi jugak.

lastly anak Ms. Z. owh. anak dia ini menghampiri lah mak dia. tak sama terutama dari saiz badan. ahaa... cik I ini merupakan seorang yang bijak pandai macam mak dia. kalau tak tido, memang nampak lah mata bengkak. cik I pun seorang yang pemalu tak macam mak dia. tapi cik I dengan Ms Z ini kedua-duanya loading sangat. sangat lambat. mungkin genetik kut. hahaha. dengar nya cik I punya hati sedang berbunga sekarang.tak tau lah betul ke tidak kan. huhuhu.

ohhh. okey. itu sahaja. tentang anak-anak wanita yang 6 orang. Ms K tiada anak perempuan. Hmmm.. kini anak-anak perempuan mereka sedang melanjutkan pelajaran tahun akhir kata kawan i. semoga dorang berjaya lah. and dapat kerja yang best. gudluck!!

p/s cerita ini sangat merepek. jika tak suka. jangan baca untuk kali kedua dan seterusnya.

p/s membaca entry ini perlu imaginasi yang tinggi supaya anda dapat membayangkan mereka.

bye. Assalamualaikum.

Lagu yang anda suka.......

Assalamualaikum!!

"That should be me, holding your hand that should be me,  making u laugh..." wey, lagu JB lagi dow. jiwang habis dengar. menjerit kawan aku dari hujung bangunan. menapak ke arah aku. sampai depan mata, terus ketuk kepala. dah tu takkan nak suruh aku dengar lagu "pagi yang gelap, kini sudah terang...." dari pagi sampai malam. kena ikut mood juga lah kan.

ape salahnya kau dengar "sepohon kayu daunya rimbun...." wey, kalau aku dengar pun tak da lah nak heboh-heboh kan. ape daaa!! chill lah bro. kita kan ada masing-masing punya citarasa. ahaa!! citarasa thai, malay, english, spain and tak lupa juga sekarang ini. korea... damn!! aku sangat tak suka lagu mereka sebab aku tak faham. hehe. citarasa anda seperti dibawah?? mengapa anda minat sesebuah lagu tersebut. mengapa??

1. Lirik lagu
woah!! lirik lagu memainkan peranan penting. sebab korang akan hafal, dan melalak dalam kereta atau toilet dirumah mahupun di pasaraya Mydin KT. ahaaa!! "Biar haiwan saja bersifat territorial, Ok, hypothetical - tiada peta politikal" mak aih. lirik gila intelek bunyi. hebat-hebat malique.


2. Melodi lagu @ sound
okey. ini pun salah satu sebab juga. kalau lagu tiada sound ada lirik. itu bukan lagu okey. jangan confuse pula. itu adalah puisi sajak A. Samad Said (penyokong Bersih). HAHA. lagu rancak, slow, laju, perlahan, lembap. sangat memaikan peranan. untuk lagu melodi best rasa nya cuba try search Bruno Mars. anda kenal? tidak kenal, sila pergi youtube dan search. terimas.


3. ke-handsome-an / ke-cantik-an artis
okey. ini sangat tidak adil. kalau artis tu rupa macam tuan blog, mesti ramai orang minat. eh. eh. silap. mesti tiada peminat. kalau artis macam Fatin Liyana. memang lah ramai peminat. "u'ols, jom dengar lagu JB, handsome la dia, i loiikkeee" gedik pula bunyi kan. ada pulak kata macam ini "wey, kau dengar lagu pussycatdolls, terbaik dow dorang" ahaa. ape nak jadi lah kan.



4. apabila artis AF atau Mentor mempopularkan lagu.
oohh. ini banyak. lagu tak pernah dengar. tiba-tiba time dorang nyanyi, lagu jadi sedap didengar. terus berminat untuk membeli album. woah!! BLAH!! terus berminat untuk men-download sebenarnya."lagu pukau by faizal tahir sumpah tak pernah dengar. bila hazama kawtim menyanyi. rasa menarik pula" kata rakan aku.



5. artis kegemaran
"wey, lagu faizal tahir yang baru best dow, memang gempak ar" kata amir asyraf. padahal, biasa je lagu dia. ini sindrom peminat fanatik yang kalau boleh nak buat pertunjukan buka baju jugak. ahaa!! gurau sahaja. tapi FT memang tiptop bro. SUPERMAN tuh. 


6. ikut mood.
ini selalu terjadi. kalau baru-baru bercinta "Nak ku belaikan dirimu, Akan ku syairkan katamu, Akan ku madahkan janjimu" wow. ini bukan dari saya. ini dari syafiq bidin. dia suggest lagu ini. puisi cinta by illusi. kalau tengah frust "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis...." woah! syahdu je. kalau mood riang pandai-pandai lah cari

7. ilmu pengetahuan.
oohh! pelik en. ilmu. bagus betul. ha, ini kisah berlaku apabila mereka dengar lagu inggeris. sebab nak mantapkan penggunaan bahasa mereka. wow! bagus kan. sangat hebat. selalunya yang buat macam ini. azhani wahida rasanya. hahahaha. maaf terpetik nama.

8. pengaruh
ini pun selalu juga. apabila kawan suruh dengar. kita dengar. walaupun tidak best. kita sedaya upaya untuk menyukai lagu itu supaya nak jaga hati. itu kalau wanita la. kalau lelaki, confirm kena kutuk balik sebab dengar lagu yang tidak sedap langsung. .

okey. itu sahaja. yang mana satu punca/ faktor/ sebab/ anda suka sesebuah lagu. sila pilih untuk. pilihan saya.ialah. semua. ahaaa. sebab saya dah experince semua. hehe

nice. bye. Assalamualaikum.

p/s penceritaan di atas adalah rekaan semata-mata. penggunaan nama rakan-rakan adalah secara sengaja. tq. HAHAHA

Tuesday, July 12, 2011

Debat

Assalamualaikum!!

"Demi kemaslahatan rakyat jelata, demi keamanan sejagat, maka pada hari ini kami terpanggil... bla...bla...bla.." apakah quote yang ditaip aku ini. aku sendiri tidak faham. ooh!! lupa. ini adalah pembukaan kata-kata kita aku asyik berdebat. ahaaa! memori dahulu kala.

lama sudah dilupakan. namun hari ini teringat kembali. "apasal nak syahdu-syahdu sangat kau nih wei" kata asilah ismail teammate aku. Eh, suka hati lah. tiba-tiba teringat zaman dahulu. sebenarnya tipu. tadi tengok Juvana. Damn!! pertandingan debat akhir. sumpah ingat terus zaman dahulu kala. "wey, staarrrrr" terpekik mira adilah dari sudut kanan aku. tak habis-habis. aku pun tak tahu kenapa.

sebenarnya, pelbagai perkara boleh anda kecapi dan ilmu yang boleh anda pelajari dari debat ini. lihat senarai pendek dibawah.

1. minat membaca
2. keyakinan diri
3. bijak berkata-kata
4. kurangkan sifat pemalu
5. idea mencurah-curah
6. kemahiran mengingat tinggi
7. otak sentiasa berfikir
8. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
9. dipuji orang
10 . menjadi terkenal
11. mulut tidak berhenti bercakap

demikian, kelebihan yang anda akan dapat jika anda menceburkan diri.

bagi mereka yang pernah menjadi pendebat atau sedang atau akan menjadi pendebat. semoga berjaya. seorang pendebat mempunyai kemahiran menganalisis yang tinggi dimana mereka mampu untuk memikirkan sesuatu isu dengan lebih efektif. kehebatan pendebat ini terpancar melalui mulut kerana daripada isu yang dikisar melalui minda, dan diadun dengan idea dan ditapis dengan akal. barulah perkataan demi perkataan keluar dari mulut. Kehebatan mereka juga terserlah kerana mereka mampu untuk membuat perbandingan dan berfikir bagi kedua-dua belah pihak. oh!! itu sangat hebat okey.

justeru, ahaaaaa!! lihat ayat dalam entry kali ini. semuanya skema sangat. kenapa pun aku tidak tahu. adakah kerana aku merindukan saat berdebat? ohh. tidak. saya sudah lupa. nak mula pun tak tahu macam mana. adakah aku akan kembali berdebat? owh. tidak sama sekali. masa telah dipenuhi. atau mungkin aku teruja dengan kehebatan pendebat? wah. itu sangat. suka sangat kumpul video.

cukup lah sekadar itu. dari pada senarai diatas. aku telah berjaya untuk membolot nombor 2, 3, 5, 6, 11. itu sahaja. yang lain belum lagi. kira okey lah kan 5/11. terima kasih kepada mereka yang pernah bekerjasama dengan saya.

kepada Hairul Izwan, Asilah Ismail, Adila, Nabilah Rozzani teammates
kepada Asmaa, Ayna, Afiq, Wawa, Aziz, Dayang, Bazilah, Fatin Farhana. juniors

anda semua hebat!! ahaaa.... itu sahaja.

 Assalamualaikum

p/s entry ini ditulis kerana cerita Juvana.

p/s kepada pendebat, semoga berjaya di Debat Perpaduan dan lain-lain.

Sunday, July 10, 2011

Malas Menulis

Assalamualaikum!!

pintu masuk istana

dewan santap

pilihan untuk santapan

lamb kebab jadi pilihan hati

ALRAWSHA

gara-gara malas dan kekeringan idea bernas. biar sahaja gambar menjadi tatapan dan ringkasan buat semua.

bye. Assalamualaikum.

p/s sila tahan perut anda dari lapar sekarang.

Saturday, July 9, 2011

Dingin

Assalamualaikum!!

Dingin,
Situasi yang perlu penghawa.

Dingin,
Suasana yang perlu pemanas udara.

Dingin,
Sampai bila mengikut nafsu hawa digoda.

Dingin,
Bertopengkan syak wasangka.

Dingin,
Jauhkan diri dari tipu daya.

Dingin,
Jangan sampai dimamah usia.

Dingin,
Kerana cinta di dunia.

Jangan alpa kerana cinta pada Illahi tiada tolok bandingnya.

nukilan khas : afiqsahidi

p/s nukilan ini ada kisah disebaliknya. tetapi jangan bertanya kerana aku masih tertanya-tanya mengapa.

Dingin 


Assalamualaikum

Friday, July 8, 2011

Tindakan Bijak

Assalamualaikum!!

"hari ini nak pergi settle hal bank, ASB, Maybank, Amanah Saham 1 Malaysia, BSN" ohh, okey. Jom!! Siap mandi, update blog, FB. Baju tshirt hitam tajaan Giordano dan jeans biru gelap tajaan Lee. Okey. Lets go.
oooppppp.... opppppp.. "abang, jangan marah, saya bukan jual barang, saya daripada bla.. bla.. bla..." okey. aku malas nak layan, sebab aku dah lambat. Bye. Paarrpp!! pintu kereta ditutup and terus pecut.

ape situasi yang berlaku? oohh, kalau anda masih tak tahu, itu tanda anda loading + error in connection. ataupun anda berada di luar kawasan, mungkin dalam ladang kelapa sawit dekat felda. "eh, wei, FELDA sekarang sudah maju, okeeyyyy, bla.. bla.. bla..." anak Felda membebel.

Situasi macam mana anda ingin melarikan diri atau mengabaikan dari pada peminta sedekah atau penjual barang atau pembuat survey atau pembanci atau tetamu yang tidak diundang.

1. Tutup pintu rapat-rapat, kunci, tarik langsir
Dengan cara ini, mereka akan anggap anda tiada di rumah. Tapi jangan pula anda semua gedik-gedik pergi intai atau mengintip atau pasang lagu kuat-kuat. itu namanya kurang bijaksana. dah tahu ada orang, diam sudah. wat tak tau. volume tv bagi rendah sikit.

2. Jerit "tak nak beli" selama 5 kali dari dalam rumah.
woah! cara ini memerlukan tenaga yang kuat untuk menjerit. cukup 5 kali anda pasang tv kuat-kuat. buat tak tahu. kemudian orang tuh confirm berlalu pergi.

3. Berlakon.
ini pun adegan menarik. anda boleh berlakon sebagai bibik atau orang gaji. disini keluar segala kemahiran anda yang anda ingin aplikasikan selepas menonton BawangPutihBawangMerah atau Hikmah atau Safa Marwah. Anda boleh buat macam anda tak berapa faham apa yang mereka kata. so, mereka akan berlalu pergi.

4. jika anda nak keluar rumah.
yang ini anda perlu pandai berlakon juga. dengar sikit penjelasan. then pura-pura tengok jam. "ohhh, sorry, saya dah terlambat, datang next time okey". then, masuk kereta dan blah je. tapi jangan tengok orang tu, sebab nanti anda akan rasa kasihan pada mereka.

5. kalau minta sedekah
maaf, saya tiada duit lah encik or cik. insyAllah. lain kali saya akan beri derma bila saya ada duit. (ini untuk peminta sedekah yang dicurigai sahaja)

itu sahaja lima cara untuk dicuba. moga kita berjaya. jika tidak berjaya, cuba lah lain cara. jangan mudah percaya tipu daya mereka.

oohhh. 9 malam. time for......................

bye. Assalamualaikum.

Thursday, July 7, 2011

Mentaliti

Assalamualaikum!!

perjalanan
Buntu. banyak cerita ingin dicerita dari pencerita kepada yang membaca. namun rasa tidak perlu untuk dikhabarkan kepada seluruh warga rakyat demokrasi. "oohh, aku pergi jalan-jalan, pergi bank, pergi lunch dekat Kenny Rogers, sedap bla.. bla.. blaa" ooh. macam tah apa-apa je lelaki macho macam aku nak bercerita macam wanita ayu + hot seluruh alam.

"wei, orang tak nak tau pun ape kau buat" kata kawan aku dengan selamba. "eh suka hati aku lah nak tulis apa. dah nama blog afiqsahidi, ape kau kisah" haa.. kan aku dah keluar kata-kata kasar. lagu Train-Hey Soul Sister bermain ditelinga kiri dan kanan. ohh well. english songs babe. kononnya lah. padahal baru nak dengar. itu pun sebab Hazama kawtim menyanyi masa konsert AF9. "wei, sumpah kau tak update tengok program AF". sorak kawan lelaki aku.

"Suka hati aku lah, mata aku yang melihat. bukan mata kau" lagi sekali bahasa sama digunakan. lagu ditelinga bertukar. Kini, Hari Bersamanya by SO7. ohh.. Band indonesia. "gila tak support local industry lah kau" kata seorang budak indie. Too bad, sebab indie band banyak underground. macam mana nak dengar lagu dorang.

"ooh.. ooh Tuhan, untuk kali ini saja, beri aku kekuatan... " bait-bait lirik lagu yang aku nyanyikan. ooo, memang bagus, susah senang, mohon pada Tuhan. itu sebaiknya. jangan senang lupa, susah ingat. itu huru-hara. lagu di telinga tukar lagi. kali ini lagu Justin Bieber feat Usher. "Jambu sangat kau ni dengar lagu JB" Ohhh well. ingat Hana Bunga je dengar lagu JB. aku dengar juga wei. "suka hatilah, dah lagu best, dengar je lah, halwa telinga" bebel aku.

Perang sudah tamat by malique feat rabbani bermain di telinga. memang up to date. tapi memang betul pun lagu tuh. lihat kini. hampir perang semula. darurat versi moden. jangan sampai buta warna, permusuhan, syak wasangka. biasa. mainan manusia. jangan sampai bertukar kepada tar merah disamping batu-batu bernyawa.

cukup disini. terbuai mimpi. kerana masyrakat punya mentaliti. aku leka dari yang Illahi. mohon perlindungan dariNya. InsyAllah.
nice art

p/s lihat gambar-gambar yang disediakan sebagai pencuci mata

modenisasi
kepuasan
kenikmatan

 Bye. Assalamualaikum.

Tuesday, July 5, 2011

Diri Sendiri

Assalamualaikum.

"oooohhhhhh akuuu penganggur" ya.. ya.. that's right wey. aku memang penganggur. itu yang aku dengar pagi tadi dalam radio. tiba-tiba lagu Sudirman. Awesome juga lah kan. bertepatan dengan apa yang aku buat sekarang.

disebabkan itu, segala pelawaan yang aku dapat dari mana-mana pihak, aku terus kata okeyyy. ajak lah ke mana sahaja. dua perkataan aku reply. "ok gang". "smart, terbaik" reply member aku. ooohhh, well. I'm terbaik and smart. baru tau ke, itu kata aku pulak. kawan aku pulak reply "boleh blah".

sunyi selepas itu. siap terus keluar cari udara luas. buka minda yang padat. cari resolusi kepada segala masalah. dan celik mata dan hati untuk terima kenyataan yang negara kita diambang darurat. ooohhhh!! Damn!! ape kes?
ape lagi kalau bukan Bersih 2.0. okey. malas nak cerita sangat benda alah tu. ramai tembak aku nanti. so, duduk rumah, berdoa agar Malaysia aman dan harmoni sejati.

monolog diri sambil memandu. "agak-agak aku nanti nak jadi apa?". ehhhhh, wey.... ade setahun lagi lah. hati yang jahat bicara. hati baik turut join untuk berdebat semula "bodoh, kena plan apa yang perlu, kalau tidak, hilang dimamah dunia". elok-elok selalu pegi surau, jangan ke club pulak kan. aish. bergaduh kedua-dua hati kecil.

niat hendak jadi doktor jantung memang dah punah. sekarang apa pula kan? accountant, ahh!! aku tak belajar akaun. broker saham. weyh, saham pun tak tahu asal usul nak jadi broker, ada hati. bengong. mungki boleh jadi ahli muzik. lagha lah wei. main alat muzik apa? kompang untuk orang kahwin boleh lah.

tak tahu nak kata. biar Allah yang tentukan. kita rancang je yang terbaik untuk kita. ahhhh!!! sudah jam 9 malam. jom lepak.

bye. Assalamualaikum

Sunday, July 3, 2011

Assalamualaikum.

Blurrpppp.... Alhamdulillah. maaf kurang sopan sikit sebab sedawa dekat blog. tapi saja buat sebenarnya. pagi tadi lepas je update blog, siap-siap untuk keluar lunch dengan family termasuk sepupu-sepupu saya diikuti dua orang anak kecil. lapan orang kesemuanya, padat satu kereta.

hari ini giliran untuk makan di kedai SAMBAL HIJAU. woah!! kedai ini memang super, duper licious. memang tip top. kedai ni ade betul-betul dekat sebelah masjid di Sg Penchala. makanan disini memang pelbagai. lebih kurang 50 ++ lauk pauk yang ada.

pintu masuk Sambal Hijau
sampai sana dalam pukul 1 petang. kedai penuh, pack, kerusi tiada, orang ramai, meja penuh, makanan banyak. macam mana nak makan? terpaksa tunggu, sehingga table kosong, then baru makan. akibat datang lambat dan masa peak hout kan. so.... berpusu-pusu dalam kedai yang sempit itu.

macam-macam lauk pauk yang dihidangkan, antaranya, sotong, ketam, udang, ayam, telur, ulam, sayur, sup, ikan bakar dan macam-macam lagi lah. paling power, dia punya sambal hijau. woah!! terbakar mulut. boleh keluar asap dow. makanan sedap, dan mengenyangkan. dan boleh tahan berpatutan juga, walaupun dalam kategori mahal. so tengok je lah gambar di bawah ini. tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaa.....................................


ikan bakar

tembikai laici + nasi + ketam + ikan keli + sayur
nasi + sotong + ayam goreng berempah + sambal hijau

"this is best bro" kata nabil. itu sahaja nak cakap. siapa yang berdekatan boleh pegi ke sana untuk mencuba dan merasa sambil cuci mata.

p/s yang rasa tak tau di mana, sila mintak tolong en. Google.

bye. Assalamualaikum.

Gelagat Manusia

Assalamualaikum!!

Selamat pagi ke tengari. wassup. woah! hip hop plak tetiba. maklumlah orang Key Elle. ahaaa! so, today masuk hari ketiga selepas tamat practical. masih gembira dan tidak bosan di rumah. tunggu minggu depan. mesti jadi gila

hari ini jugak masuk hari ketiga, cuba menjalani gaya hidup sihat di taman atau padang lebih kurang belakang rumah. woah!! rajin beb, bangun pagi, pegi bersenam. tak tau lah lama mane bertahan. harap bertahan selama sebulan. seperti biasa bila hujung minggu ramai jugak yang bersenam.jogging-jogging anak, berjalan selaju di dunia, badminton, main bola sepak sorang-sorang.

banyak gelagat. tetiba ada satu kanak-kanak perempuan lingkungan umur 6 ke 7 tahun rasanya. "papa, papa, nak jogging dengan papa", dia berlari 5 tapak, sambil cerita dengan bersemangat "papa, ain pandai main badminton". dalam hati aku kata "pukul pun tak kena, hahahahaha"

then, lepas buat sit up 10 ke 20 kali .woah!! hebat. aku melilau lah pandangan mana lah tau dapat jumpa rakan-rakan. terstop mata pada 3 orang pemain badminton handal. 2 perempuan seorang lelaki. masing-masin obesiti macam aku juga. hahahaha. tengok dorang main badminton bersungguh-sungguh. kalau Datuk Misbun tengok confirm dia sanggup jadi coach.

then, mata melilau lagi, ternampak sekumpulan 6 orang budak sekolah lagi. pakai kasut siap bawa bola lagi. terus ke court futsal. pergh. gaya ala-ala ronaldo dah semua. sekali 6 orang main futsal. apekes? memang penat lah dik oi. rasa macam nak join je. dalam hati kata " kalau aku join dorang, confirm aku paling hebat, aku dah la skillful" hahaha.

melilau lagi mata mana tau dapat jumpa awek lawa, last-last terserempak dengan cikgu sekolah menengah yang ajar aku chemistry. woah!! rajin betul dia bersama anak-anaknya bersenam. tapi, disebabkan aku pemalu, aku tak tegur pun cikgu aku. dalam hati kata "kalau dia tak ingat, kan dah segan, anak dia mesti kata aku nak mengorat mak dia" so tak tegur, next time lah tegur.

itu je saya nak cerita, sebab, macam menarik, bila tengok ramai yang semakin cakna and sudah timbul kesedaran sejak aku buat entry Mencegah. moga-moga anda juga turut serta. amalkan hidup sihat demi kesejahteraan kita bersama. woah!!!
gambar sekadar hiasan sebab lebih kurang taman belakang rumah


p/s entry ini ada unsur pemujian diri sendiri, kalau tidak suka jangan baca untuk kali kedua.

Assalamualaikum