peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, June 9, 2011

Tiada Tajuk Untuk Kali Ini......

Assalamualaikum....
Hmm, sekarang pukul 12 lebih. Boring yg teramat kat ofis. so, update blog lah. kan.

Orang bertanya : Pekerja laen x marah ke?
Saya jawab : Kesah ke mereka pada kita yang practical. Haha.
Orang bertanya : Kalau mereka kesah?
Saya jawab : Terima kaseh kepada mereka lah. Mudah. Haha.


So xkesah lar, tetap nak update blog. Tapi.. Sebenarnya x tau pun nak update apa nih. Just saje-saje menulis. Sambil earphone ditelinga kanan, jari di keyboard menaip, ade plak pengumuman ceramah kat FAMA. Adeh. X fokus rase.

Hmm, plan hujung minggu nih? Macam xda apa2. Kalau family yang anak dia cuti sekolah tuh mungkin lar byk plan kan. Maklumlah dah minggu terakhir kan cuti. Huhu. Tapi, bila baca akhbar pagi tadi, kasihan pada seorang budak yang dilanggar KUDA. Damn!! Macam tah ape2 je en penunggang kuda tuh. Dah tau nak menunggang kuda. Boleh lak gi amik MORFIN (kelab pemadam). Nasib lar adik tuh x meninggal terus kan. Ish3. Tapi ape leh buat. Benda nak jadi kan.

Kalau kite baca Surah Yaasin ayat 82. Terjemahanya.........

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi".


So, kita tiada kuasa nak menghalang. Sama juga lah dalam perkara-perkara laen. Yang kita mampu ialah
 Prevention
@
   Pencegahan

Cara prevention. Banyak. Bersepah-sepah di luar sana. Boleh dapatkan di Pasaraya Giant, tengah SALE.
HAHAHA.

Macam ni lah. Ambik ni. Contoh-contoh nya ialah.......
(Bunyi drum ala-ala ABPBH)

OBESITI
Cara Mencegah : Gaya Hidup Sihat


ACCIDENT
Cara Mencegah : Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah orang tersayang.


SAKIT PARU-PARU
Cara Mencegah : Katakan TAK NAK ROKOK!!!

ISU-ISU PERPADUAN KAUM
Cara Mencegah : Amalkan 1 MALAYSIA.


DENGGI
Cara Mencegah : 10 Minit. Anda Mampu Melakukanya!! .


JENAYAH 
Cara Mencegah : Jadi lah rakan kepada RAKAN COP.

DADAH 
Cara Mencegah : Belia Benci Dadah. Perangi dadah habis-habisan.


SAMAN POLIS
Cara Mencegah : Ingatlah pada Ops Sikap


BULI
Cara Mencegah : Say No Bullying!!


VALENTINE
Cara Mencegah : Awas!! Jerat Valentine.


Begitulah contoh yang telah disertakan. Moga anda semua berjaga-jaga. Berhati-hati dengan persekitaran sekeliling dan keadaan semasa. Kerana itu merupakan salah satu cara pencegahan yang baek dan efektif. Kita tidak dapat menghalang atau mengubati sesuatu yang mmg telah ditentukan. Cuma usaha kita untuk mencegah itu adalah baik. hehe.

p/s Lepas baca, mesti orang kata aku menyokong kempen kerajaanHAHAHA.
 

Sekadar itu sahaja.
Assalamualaikum.


3 comments:

  1. takleh blaaaaaaaaaaaa,,,cara mencegah bukan main banyak lg,,,,nice ouh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:D
    BTW,,wish u ol d best ya!

    ReplyDelete