peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, August 9, 2012

Mari Lakukan Perubahan!!

Assalamualaikum. Peace.

*Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!* Azan Maghrib berkumandang menandakan masuk waktu berbuka di New York. Dusshhhh!! Kau apahal dekat NewYork, jerit si budak kecoh di hujung sana. Aku terpinga-pinga. Lalu menjawab. Kau bengong ke apa. Sekarang memang lah masuk waktu di sana. Bukan ke kita dah lama berbuka pukul 7.30 tadi. Adoi. LEMBAP.

Haa, kan sudah kena sekali. Itu baru makanannya. Astaghfirullahalazim. Di bulan puasa ini, cuba jadi sabar sedikit. Jangan buat muka tegang pakai vitamin C plus botox 180 cucuk. Cuba senyum. Senyum itu sedekah. Dapat pahala tahu. 

Okey. Biasa, entry aku diawalnya mengarut. Itu normal. Tapi disebalik perkara mengarut, aku cuba sampaikan mesej. Harap pembaca faham keadaan dan situasi yang sumpah merepek dan tidak kelakar. Kalau tak faham, tidak mengapa. Abaikan. Kalau tidak pun, paling kurang, anda sudah beristighfar jika membaca blog saya. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah. Sebelum merapu panjang-panjang. Sekalung tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Sejauh mana usaha kita, itu yang kita dapat dan semuanya telah ditentukan. Saban hari, berdoa, berdoa dan terus berdoa. Sekarang, lihat, doa anda sedikit sebanyak dimakbulkan oleh Allah. Syukurlah. Itu nikmat Allah. Jangan engkau dustakan.

Sebut pasal doa. Kita selalu berdoa. Lepas solat terutamanya. Kalau yang tak solat sekalipun, memang mesti pernah berdoa. Jadi jom kali ini kita try check, waktu-waktu mustajab berdoa dalam bulan Ramadhan. Dah masuk 10 Ramadhan terakhir. Banyakkan berdoa ye. Jangan lepaskan peluang yang ada. Moga dimakbulkan segala permintaan. Mendahului senarai (macam jadi MC pulak)....

Sepanjang Bulan Ramadhan
Di Pertengahan Azan dan Iqamah & 1/3 Malam 
Orang yang sedang berpuasa
Orang yang ditimpa musibah
Selepas Khatam Al-Quran
Hari Jumaat

  • Malam Jumaat
  • Selepas solat Subuh
  • Antara Khutbah Pertama & Kedua
  • Selepas Asar hingga Maghrib
Di Dalam Sujud & Selepas Bacaan Takhiyat Akhir
Sebelum Berbuka & Waktu Berbuka
Malam Lailatul Qadr
MALAM TERAKHIR RAMADHAN...........

Dalam 10 waktu dan keadaan  yang disenaraikan,  paling menarik adalah yang terakhir itu. 

SEBAB. SEBAB
#Masa itu kita lupa. 
#Masa itu kita sedang bergembira.  
#Masa itu kita sedang pom pang pom pang dekat dapur. 
#Masa itu kita sedang, "Balik kampunggg, Oooo, balik kampunggg, hati riang"
#Masa itu kita sedang bomm kedababoomm membaling mercun
#Masa itu kita sedang sibuk mencuba baju raya
#Masa itu kita mula melupakan segala kewajipan yang ada

Sedangkan, zaman dahulu. Orang bersedih, menangis kerana Ramadhan akan meninggalkan mereka. Kerana mereka belum tentu lagi dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Mereka beribadah, berdoa sebanyak mungkin sehinggakan menitis airmata pada setiap lafaz doa yang dizahirkan. Masya-Allah.

Jadi, lets make a change this year. Kita cuba bawa kelainan sedikit. Kita perbanyakkan ibadah. Bukan kata tidak boleh melakukan semua benda yang dinyatakan. Tapi selitkan keadaan dimana kita merasakan kehadiran Ramadhan sesuatu yang dicintai manakala pemergian Ramadhan sesuatu yang sangat kita kesali. Sama-sama kita berdoa, selitkan sedikit solat-solat sunat yang boleh dilaksanakan. 

Kita sama-sama lakukan perubahan. Bukan sahaja perangi rasuah malah tingkatkan ibadah, mendekati sunnah serta cuba istiqamah, muhasabah, muraqabah, mu'ahadah dan mujahadah barulah diri dapat ditarbiyah. Insya-ALLAH.


Salam Ramadhan ke 20. Mari kita kejar Malam Lailatul Qadr. Insya-Allah.


p/s kepada alim ulama', tuan-tuan guru, rakan-rakan, andai kata ada salah dalam setiap kata dan fakta yang disampaikan, mohon teguran agar penambahbaikan dapat dilakukan. 





Tuesday, August 7, 2012

Surat Rasmi Dari Blogspot Kepada Blog Usang

Assalamualaikum. Lihat luahan rasa dalam surat rasmi ini.


afiqsahidi.blogspot.com
www.yahoo.com
Internet Streamyx
TM Malaysia.

*garis lurus tiada*

Afiq Sahidi
Pemilik Blogspot
Ceritera afiqsahidi
54200, Kuala Lumpur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan,

Kehadapan tuan blog yang aku rasa macam nak sepak sekarang sehingga pengsan. Moga sihat di rumah menjadi penganggur berjaya. Tujuan hamba menulis surat ini adalah untuk melafazkan rasa cinta dan rindu pada tuan kerana sudah berkurun tidak pernah berkongsi cerita seperti dahulu kala.

Sepanjang pemergian tuan, hati rasa gundah gulana mengenangkan masa dahulu. Dahulu, seringkali pelbagai cerita menarik kau cerita kan padaku. Tapi kini, itu hanya tinggal kenangan. Dulu sekecil-kecil cerita pun, tuan cerita. Bila stress sikit sahaja,tuan panggil aku, dan mula bercerita. Dan aku tetap ada walaupun tuan kejut aku jam 3 pagi. Tapi kini...............


Tuan, andai kata ada salah silap yang dilakukan. aku mohon maaf diatas segala khilaf. Mohon untuk mula bercerita kembali segala perit, jerih, suka duka kepada ku. Kerana aku tahu, aku mampu menjadi tempat luahan rasa. aku tahu, tuan sering mencari tempat luahan rasa.

Ku juga berharap, tuan tidak hanya meluah keadaan kepadaku. Malah, tuan juga harus meluahkan rasa kepadaNYA kerana tuan adalah milik DIA. Luahkan rasa syukur, lahirkan rasa taat, zahirkan perbuatan yang membawa syafaat. 

Apalagi tuan, aku dah hantar surat pada tuan. Harap tuan insaf dan kembali untuk mula bercerita kepada aku. Salam Ramadhan yang ke 18 untuk tuan. Moga beribadah sekuat mungkin. Kalau tuan nak berdakwah pada aku pun silakan. 

sekian. 



#wow! terkedu dapat surat sebegini. sungguh menakjubkan. kau ada? 
# maaf, nukilan ini adalah sekadar suka-suka sahaja

mesej disebalik surat ini....

*kalau harta benda pun ada perasaan rindu tuan apatah lagi manusia
*jadi, manusia pun patut rindu pada Tuannya. jangan jadi derhaka.
*manusia perlu juga ada perasaan rindu sesama manusia
*meluahkan rasa pada orang atau blog atau FB itu tidak salah
*lebih mulia jika kita luahkan pada Yang Maha Esa.
*kerana DIA yang mampu membantu kita dengan sebaiknya. Insya-ALLAH.


sekian. Assalamualaikum.

Monday, May 21, 2012

Final Year Project (FYP)

Hai. Assalamualaikum.
Jam 3.25 pagi. Aku mula menulis. 

Tiada point sebenarnya. Tapi sengaja membuka layar putih yang penuh coding Microsoft Word 2007. Motif update, adalah ingin bercerita yang aku masih belum tidur jam tiga setengah pagi. Buat apa? Baru balik clubbing ke? Nauzubillah. Astaghfirullah.

Jadi apa yang anda lakukan. Oh. Saat menghitung waktu kecederaan seperti perlawanan Chelsea vs Bayern Munich semalam. Aku sedang cuba mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk meluahkan ke layar komputer riba menyiapkan dokumen penting iaitu PITA. Ohh!! Indahnya hidup bersyariat. Eh, itu tajuk buku. Silap!!

Saat ini, di ruangan chat FB, masih beratur rakan-rakan seangkatan turut sama berjuang menyiapkan kata-kata pujangga untuk dokumen tersebut. Orang kata, buat dipagi hari, idea datang mencurah. Mungkin itu jadi pegangan semua ahli ilmuwan. 

Mungkin............. 

Saat jam 4 pagi, semakin banyak idea untuk membuktikan teorem serta algoritma yang kompleks. Pembuktian demi pembuktian akan lebih tersusun dan rapi mengikut susunan. Wujud Siri Fourier, Siri Taylor tatkala Newton Selang melambai-lambai memanggil semula kuasa yang hilang sewaktu persamaan pembezaan separa. Dan kemungkinan juga, langkah kehadapan dan kebelakang berjalan beriringan menuju ke puncak maksimum ataupun minimum.

Saat jam 4 pagi juga, mungkin ketika itu Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mula mengeluarkan analisis yang lebih berkualiti. Menunjukkan carta alir yang lebih lengkok dari biasa. Menunjukkan nilai kesignifikan yang lebih tinggi dan membuktikan nilai kesahan yang kukuh tatkala menguji kekuatan item dalam soal selidik. Ataupun ketika itu, nilai-t sudah mula terpesong jauh dari jalan yang lurus. tetapi dibantu nilai chi-square yang sentiasa dalam lingkungannya.

Saat jam 4 pagi, kemungkinan besar, transformasi MatLab dan Mathematica mula tidak cerewet dalam membaca input yang dicoretkan. Ketika itu, nilai titik pada graf mula menjadi proportional tanpa bengkok. Mungkin ketika itu, simbol x, y dan z menjadi nyata tidak lagi imaginari semata-mata. Kemungkinan juga pengiraan dan penyatuan titik minimum dan maksimum betul-betul diatas garis lurus yang akan membentuk jawapan kepada segala persoalan.

Saat jam 4 pagi, C++ mula menambah elemen tambah dalam perisiannya. Kali ini apa yang ditambah adalah sikap tidak terlampau perfectionist. Ini akan membuatkan manusia hilang sabar untuk bergurau senda dengannya. Mungkin juga, ketika ini corak huruf rekaan B-spline mula menjadi huruf jawi dan ketika itu, nilai Lagrange Interpolation turut bertukar menjadi nombor bulat dan tidak perlu untuk dinilai sepanjang skrin kalkulator.

Namun, persoalannya, adakah ia terjadi? Sama-sama kita usaha. Sama-sama kita berganding bahu menyelesaikan mana yang kita tak tahu. Sama-sama kita berlari, sehingga berjumpa apa yang dicari. Sama-sama kita mengira sehingga nampak jalan yang lebih terbuka. Sama-sama kita menganalisis, sehingga tiada jawapan yang tiris. 

Semoga berjaya semua pelajar yang mengambil Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Semoga kajian anda dimudahkan dan diberkati.

Assalamualaikum. Selamat Pagi.


Wednesday, May 16, 2012

Menulis Untuk Peringatan Diri

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Jam 2.08 pagi. 16 Mei 2012.

Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba terpanggil untuk menulis pada waktu ini. Sebelum kata mengorak langkah, ucapan buat guru-guru seluruh dunia. Selamat Hari Guru. Jasa pengorbanan seorang guru sememangnya dalam mendidik anak bangsa. Semoga semua guru di dunia mendapat manfaat di akhirat kelak.

Sejak kebelakangan ini, hati cepat rapuh. Fikiran kerap melayang. Hati rasa semakin berat. Menghitung hari-hari terakhir sebagai seorang penyerap ilmu. Sejauh mana aku sudah bersedia untuk menempuh alam yang lebih luas di luar sana. Perasaan tanda tanya, risau, dan persoalan demi persoalan mula timbul. Tiada siapa mampu mencorakkan kehidupan akan datang. Yang tahu hanya Allah. Namun, ia tetap bersandarkan ke atas diri sendiri. Jangan burukkan dinding kehidupan dengan lakaran hitam tidak bermaya. Cuba hiasi dinding tersebut dengan abstrak pelangi yang cantik untuk disematkan sepanjang hayat.

Tanggal 17 Jun, kaki bakal melangkah ke dewan perhitungan buat kali terakhir. Bila difikirkan kembali, sejauh mana ilmu aku pelajari mampu membuka peluang baru diluar sana. Adakah aku hanya berpandangan pendek semata-mata ilmu dicurahkan seketika ke atas kertas di depan mata. Atau aku memang sudah sebati dengan ilmu itu untuk dicurahkan kepada anak-anak pertiwi di luar sana. Renungkan sekalian.

Sepanjang perjalanan berliku, ada pasang surut, ada putih dan gelap, ada suka dan tawa, ada derita dan sengsara. Mengeluh biarkan ianya pergi, mengalah jangan pernah sekali. Aku kuat, aku semangat. Kerap kali aku patah dengan hati, namun aku tetap teguh berdiri. Namun kadang-kala kelopak mata sentiasa kabur berwarna, tetapi jiwa dan hati masih diulik rasa cinta pada yang maha Esa. 

Dua tahun aku merangkak, enam tahun aku bertatih, lima tahun aku berjalan, dua tahun aku berlari dan kini masa untuk aku memecut meneroka segala ilmu yang perlu untuk aku pelajari. Sesungguhnya, setakat sedekad lebih meneroka, aku percaya, masih ada berjuta yang perlu aku kutip diluar nanti. Jangan pernah berhenti. Biar ia terhenti satu hari nanti. Kerana ketika itu, segalanya telah dihitung kembali.

Aku keseorangan. Aku hanya ada ibu dan bapa. Syukur, aku masih bertuah. Aku ada saudara mara. Sumbangan mereka tidak terhitung. Penuh segelas cawan, tidak pernah kosong walaupun aku minum setiap hari. Cinta aku buat mereka tidak pernah berbelah bahagi, walau tidak pernah ungkap, walau tidak pernah ucap.

Sahabat, bukan mudah untuk lupakan. Biar apa orang kata, biar beribu tohmahan melanda. Aku percaya, aku ada mereka jua. Setiap saat tidak pernah leka, masing-masing punya cerita gembira. Indah waktu bermain bersama duduk bergurau senda. Tapi, bila ada yang tersungkur, masing-masing melebarkan niat di hati. Dari senipis benang jeans ranggi hingga lah setebal permaidani milik Raja Turki. Bila ada yang terluka berdarah, tidak ada yang biarkan ia menjadi parah. Malah akan ada pengubat hingga hilang parut tercalar. Bila ada yang menitis, pasti ada yang cuba untuk menadah sehingga tidak tiris walau setitik pun. Kerana mereka tahu, jika seorang itu pasrah, itu tanda menyerah.

Aku harus percaya. Aku harus sedar. Aku tidak ketinggalan. Dan aku tidak terlalu kehadapan. Biar kaki bergerak selangkah, biar jiwa tersemat searah, biar hati tetap pada Illahi. Agar hidup akan lebih diberkati, dirahmati hingga akhir nanti. 

p/s aku bermonolog sendiri. kerana aku tahu, ini salah satu cara untuk mengekspreskan diri. 

Sekian. Jangan tidur lagi, kerana kerja sedang menanti. 
Assalamualaikum

Thursday, April 12, 2012

Fakta Menarik Untuk Wanita

Assalamualaikum. Salam Kecintaan buat wanita seluruh dunia 

Amboi. Sangat hot nampak permulaan ayat. Salam kecintaaan, ingat perempuan seluruh dunia nak cinta sangat dengan kau. Muka tak kacak, perangai tak elok. Siapa nak? TIADA.

Baru tiba dari kampung halaman. Ohh. Indahnya. Kembali ke bandar metropolitan KL. Kembali juga bersama laptop Compaq yang dicintai selalu. Hari ini ingin bercerita tentang fakta menarik yang lelaki perlukan. Kalau kaum hawa tak baca, memang rugi. Terlepas lelaki-lelaki mithali di dunia.

1. Ilmu Agama
Okey, ini normal. Dalam Al-Quran pun ada tertulis. Bijak ilmu agama tidak sama dengan buat-buat bijak. Itu lain maksudnya. Tidaklah seperti Ustazah, tapi cukup sekadar tahu batas-batas agama, perkara wajib juga perlu tahu. Yang sunat juga perlu diamalkan. Cukup. Andai kata lebih, itu lebih membanggakan. Alhamdulillah.

Sebab : Lelaki kadang-kala cepat lalai, so, dia perlu ada yang mengingatkan. Sememangnya lelaki itu sepatutnya bijak juga, tapi perlu ada reminder. 

2. Tudung Bawal

Ini sudah lazimnya saya tulis di laman mukabuku. Banyak kali. Dikatakan, penjualan tudung bawal meningkat, selepas post yang saya tulis. Tak tahulah sahih ke tidak. Tapi kebanyakan lelaki bersetuju. Ada yang kata tudung labuh lagi elok. Ye sangat betul. Tapi had minimum tudung bawal, had maksimum tudung labuh. 

Sebab : Hanya satu. Comel. Itu sahaja. Dulu saya kata, part paling comel, bila mereka meniup atas tudung tu. Kelihatan comel. Ini telah diakui oleh lebih kurang 80% lelaki. Jangan cuba nafikan. 

3. Berkulit Putih/Sawo Matang & Dahi Licin
Ini pun sahih juga. Tak percaya. Boleh buat test. Keluar dengan lelaki, suruh dia duduk satu tempat, cari seorang perempuan yang berkulit putih dan dahi licin sikit, suruh pergi jalan depan lelaki tersebut. Confirm tiga atau empat kali toleh punya. Sila cuba.

Sebab : Hanya satu. Kesucian di muka. Orang kata dari muka turun ke hati. Ada yang kata tak valid statement ini. Sebab tak semestinya perempuan yang berkulit putih itu baik, tapi apa boleh buat. Naluri lelaki sudah begitu.
4. Garang dan Suka Membebel.
Jangan pernah sesekali cuba untuk menjadi garang dan membebel pada lelaki. Sebab apa? Sebab lelaki lebih garang dan kuat membebel dari perempuan. So, hindarilah perkara sebegini. Kalau tidak, memang confirm kena reject.

Sebab : Segarang mana pun, akhirnya dia akan menangis juga. Sebab menyesal. Bebel kuat mana pun, last-last akur jugak. Tidak boleh melawan. So, Tidak perlu. Nampak gelabah saja kalau macam tu.

5. Warna Ceria
Hari-hari pakai baju warna hitam, baju kurung hitam, tshirt hitam, seluar hitam. Okey. Macam berkabung sepanjang tahun. Mengenakan pakaian yang lebih cerah, dan menonjol lebih menarik perhatian.

Sebab : Lebih berkeyakinan, berani dan menyerlah. Tidak terlampau menyorok di belakang. 

6. Baju Kurung
Tshirt. Jeans. Kemeja. HandSock. Selipar jepun. Cardigan. Oh, itu semua pakaian sesuai untuk lelaki. Untuk perempuan kalau pakai selalu. Hilang seri orang lelaki kata. Dorang suka tengok wanita solehah berbaju kurung. Tak kisah lah beli siap dah ke, atau tempah dengan harga beratus ringgit ke atau pun jahit sendiri.

Sebab : Wanita berbaju kurung kelihatan lebih ayu. Tak percaya pergi tanya mana-mana lelaki. Serius. Ini tidak tipu. Kenyataan. 

7. Pandai memasak.
Okey. This is the best part. Sebab memang tak boleh nak tahu. So, kalau part macam ni, terus terang kena tanya. Kalau reti masak maggi je, tak pun goreng telur dadar sahaja. Situasi akan datang, lelaki akan mencari kedai makan di luar dan menjadi pelanggan tetap.

Sebab : Masakan paling sedap di dunia adalah hasil airtangan ibu. Kedua ialah ayah, itu pun kalau ayah tahu masak. Kalau tak, semestinya pasangan hidup. So, kalau tak reti masak, mungkin kena reject awal-awal. 

8. Organize and Smart
Organize dalam bahasa melayu, bijak merancang. Smart banyak maksud bijak, pandai, kemas bersih dan sebagainya. Lelaki melihat cara wanita mengurus, merancang, membersih, melontarkan idea, memimpin dan sebagainya. Jangan mudah gelabah, kelam kabut dan serabut.

Sebab : Supaya keadaan akan menjadi terkawal jika perkara yang tak diingini berlaku. Buat tenang, sabar, redha. Barulah terbaik.

Okey. Mungkin selepas fakta yang kelapan dan gambar yang aku upload ini, ramai perempuan akan bengang dan menyampah. Pertama mungkin, sebab sifat lelaki yang terlampau demand. Atau pun, mereka mungkin bengang sebab antara lapan fakta ni, langsung tiada pada mereka. 

Harus diingat, fakta ini bukan saja-saja direka oleh aku atau sesiapa, tetapi berdasarkan pemerhatian, kajian dan sebagainya. Siapa tidak setuju, sila comment dan tulis tidak setuju. Kalau setuju, buat tenang, dan cuba perbaiki diri. 

Sekian. Harap Maklum. Assalamualaikum. Salam untuk kekasih semua. 



Tuesday, April 10, 2012

Pemandu ke MBKT

Assalamualaikum. Salam Senja buat pembaca.


"Alangkah indahnya, hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu" Haih. Syahdu lagu senja-senja ini. Bila kesunyian begini lah jadinya. Eh, sunyi? Kenapa?? Okey. Sekarang sedang berlangsung nya satu program yang dinamakan, "Cuti Pertengahan Semester" dari 5 April - 14 April. Seminggu. Untung boleh bercuti.


WOIII. Orang cuti, kau tak reti balik ke apa. Tempik pengawal keselamatan pada aku. Ehhh, apahal? Suka hati aku nak balik ke tidak. Ahaa, Itu drama sahaja, bukan betul. Ye, memang aku ada di UMT lagi. Tapi aku tetap akan balik. Tiket awan biru malam ini jam 9.30 malam. Insya-Allah.

Orang tanya saya, kau buat apa di UMT. Jawapan mudah. Aku buat kerja. Siapkan kerja. Tapi itu sekadar di mulut. Kebanyakannya main, FB, Twitter, YouTube dan sebagainya. Ahaa, Pemalasss!! Tapi at least ada juga kerja yang dapat dilaksanakan. Dan paling penting, aku tunggu orang balik dari hiking. Aku nak pastikan mereka semua selamat sampai. 


WOIII, kau ni hari-hari pergi MBKT, hari-hari pergi bandar KT. Hari-hari jalan. Kaya kau kannn!!. Eh, suka hati aku lah. Duit aku. Haa, orang kata macam tu pada aku. Wowww!! aku pulak jawab dengan riak takbur. Nauzubillah. Ish. Ish. Ish. 

Hidup di UMT dari 5 April sampai 10 April sangat menarik dan penat. Walaupun sepatutnya rehat di bilik dan buat kerja. Aku buat apa? Aha. Aku menjadi driver serta menjadi rakan yang baik. Wow. Dari jauh jerit kawan ramai-ramai. Untunglah ada empat roda. So? Memang ada apa nak kata lagi kan.


Mula dari 5 April. Lepas hantar budak hiking ke bas. Aku mula langkah pertama sebagai driver. Passenger malam itu Diyana Zawiyah dan Farah Jamiran. Diikuti malam 6 April ke tempat yang sama kali ini passenger berlainan. Bawa tokoh usahawan muda, Suraya Abu Bakar. Beliau penjual tudung dan perfume tegar.

7 April, okey. Kali ini bukan pergi hantar. Pergi beli tiket pula. Bawa Presiden Gemersik beli tiket bas. Ke MBKT lagi. Adoi. Setiap hari. Kalau ada kisah pembunuhan disana, memang aku jadi suspek utama, sebab hari-hari pusing sana cari mangsa. Then, 8 April, route berlainan, ada passenger nak ke airport. Timbalan Presiden SRN UMT. Fairuz nama beliau. Lepas tu hantar Presiden Gemersik dan Presiden Kelab Pemadam UMT. Amir dan Achik. Okey. Sangat Penat. Balik sorang-sorang. 

9 April, hari berehat. Buat kerja bagi siap. Plan kerja. Sambil tunggu budak hiking turun dari Gunung Berembun. Rindu habis gila ni. Risau keadaan mereka di dalam hutan. Al maklumlah. Yang pergi sana, kebanyakan anak manja semuanya. Tapi dorang selamat sampai. Dan aku hantar beberapa orang ke rumah sewa. Sambil berborak dan sebagainya.

10 April, disebabkan rasa kasihan pada Afifuddin atau nama manja Boy, tolong ambil alih tugas dia pagi tadi. Perkhidmatan ke MBKT lagi, kali ini hantar Pengarah Program Hiking, FaraLina, Exco Kebudayaan HIMMAT, Asilah, SU Pemadam, Miera. Paling penting, kembar Aaron Aziz, Hafiz Zarriq. Pagi-pagi. Memang awal aku bangun.

Lepas hantar, balik sempat singgah sarapan bersama rakan-rakan. Kemudian, rushing balik, ambil duit RM2300, kemudian settlekan senarai peralatan dan email pada Tanjong Vista Hotel. Selepas tu, terus bergerak laju ke Seberang Takir, tempah cenderhati dan bank in duit deposit. Selepas itu, terus meluncur ke Pasar Payang, Mydin dan Batu Rakit untuk mencari buahtangan buat ahli keluarga. Sekarang sempat lagi tulis blog walaupun kawan pick up jam 8.20 malam.

Orang kata, kau ni kaya kan, hantar orang banyak kali, kau ni baik sangat kan, tolong orang setiap kali. 
Ye, aku memang baik, baik dengan rakan-rakan yang aku kasihi, agar mereka selamat dan senang hati.
Ye, aku memang kaya, tapi bukan wang berjuta, tapi cuba untuk berbudi bahasa dengan sesiapa saja.

Okey, sudah lambat nak bersiap. Last word. 

Sekarang biar kita giat membantu orang. Agar satu hari nanti bila susah ada orang akan membantu kita. Jangan mengharap balasan orang terhadap kita , kerana ikhlas itu perlu dijadikan sandaran utama.

Sekian. Salam Maghrib. Assalamualaikum. Jumpa di Kuala Lumpur. 



Saturday, April 7, 2012

Ini Cerita Tentang Diri

Assalamualaikum. Selamat petang.


"Ada teratak dihujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyi dalamnya ada tempurung, sembunyi bawahnya katak melalak" Ehh, ternyanyi lagi. Mungkin kerana teringin nak karaoke lagu ni. Okey. Selamat petang semua. Lama tidak update blog. Terasa sunyi. Kesian blogspot. 

Kisah petang ini adalah tentang diri. Kenapa dengan diri kau ha? tanya rakan sekelas. Ohh, tiada apa-apa. Tarappappa, I'm lovin it. jawab aku ringkas. Jom McD, sambung aku. Konon nak berahsia. Aku seorang lelaki. Tapi aku tetap suka berahsia. Yelah, takkan semua benda ingin diceritakan. Suka hati aku lah. 

Sebenarnya sememangnya tiada apa-apa. Saja buat gimik. Muka stress, status FB meracau tak ingat dunia. Gelak kadang-kadang tak ikhlas. Marah tak tentu pasal. Ohh, biasalah hidup. Takkan ceria setiap masa. Mesti ada turun naik. Paling kurang macam graf sin, tak pun graf cosine dan tangent. 

Ini tabiat orang. Kalau kita sebok, nanti kata jaga tepi kain orang. Ha, itu tabiat lah tu. Padahal kita bukan nak sebok, kita hanya ingin ambil berat. Bila tak ambil berat, nanti kata pentingkan diri pulak kan. Aduhai. Apa pun tak boleh. Conclusion, cuba sekali ambil berat, cuba dua kali, cuba tiga kali. Dia rahsia, dia tak layan, okey, biarkan. Mungkin dia perlu masa bersendirian.

Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Okey, Sindrom cinta. Mesej beratus kali sehari.  Mesej senyum sorang-sorang. Mesej nak buat ayat manja-manja. Okey. Kantoi, angau. 'Gila, mana kau tahu, stalker ke apa?' Okey, kita dapat agak, dari riak wajah. SOOOOO?? Kisah apa, jeles ke. Ini bukan kisah aku. Ini kisah orang lain. Okey lari topik. Next please.

Imam Muda Fatah datang UMT. Ohh, semua Imam Muda adalah idola aku. Sebab mereka seumpama belia atau remaja yang sangat berperibadi tinggi dan sesuai dijadikan suri tauladan. Tajuk forum 'Sabarlah Hati'. As usual, bila tajuk cinta segala apa ni, kerusi letak 500pax, confirm penuh. Majoriti? Wanita. Biasa, lumrah. Yang lelaki? duduk bilik main PES, main DOTA. Konon ilmu sudah tinggi.

Bait-bait kata IM, memang terbaik. "Jangan pernah putus asa untuk mencari wanita yang baik". Okey, mulai sekarang, mula mencari. Cari sampai dapat. Jangan tak dapat. Kata orang, kalau di IPT tak jumpa bakal isteri, confirm kahwin lambat. Wey, gila boring ideologi itu. Jodoh ditangan Allah. Kalau dia nak terserempak kan kau dengan wanita cantik dekat 7Elevan, tetap jadi okey. So, conclusion, stay focused.

Ohh, ini semua cerita bosan. Jadi, siapa yang membaca rasa tiada input, sila abaikan, dan unfollow blog ini. Eh, apesal emo, Ahhh, itu normal. Semua akan melalui. Emosional. Itu terjadi pada semua orang. Kalau jumpa dia, muka tak senyum, cakap tak sepatah. Tanda emo sudah ada. Jangan bergurau senda, takut kaki hinggap di muka. Cuba jadi cool, buat tenang. Abaikan orang itu buat seketika, sampai dia kembali bernyawa. 

Panjang melalut. mesej tiada, biasalah. Sudah lama tidak update. Cerita banyak, tapi kalau cerita kat sini, siapa yang baca? Tiada siapa. So, sini tempat untuk aku merepek. Siapa suka baca, siapa benci caci. Cukup sekadar itu. 

Sebelum terlupa, aku jadi pengarah program dinner buat kali kedua. Nama Malam Sanggar Mustika 2012 menjadi pilihan, kesinambungan tahun 2010. So, nantikan entry seterusnya. Tarikh dinner 21 April 2012. Tanjung Vista Hotel. 

Okai. Bye. Assalamualaikum.

Thursday, March 15, 2012

Langkah Akhir Sebelum Titik Nokhtah

Assalamualaikum. Hai. Selamat petang.

Syukur, Syukur, Syukur, Ya Allah. Ehh, lagu Raihan. Tiada perkara yang dapat diungkapkan melainkan Alhamdulillah. Sebab????? Selesai sudah. Satu tanggungjawab yang dirasakan berat. Lega rasanyaaa. Akhirnya, selepas penantian lebih kurang 10 tahun, Konvensyen Matematik Malaysia 2012 berjaya direalisasikan dengan jayanya.


Coppp, tamatnya KONMAT'12 tidak bermaksud selesai tugasan atau tanggungjawab lain. Masih pelbagai lagi tanggungjawab yang berbaki. Bilalah agaknya betul-betul boleh berehat sepenuhnya dari tugasan yang dipikul. Dengar kata sampai bulan 9. Lama lagi nampaknya. Tapi bila difikirkan kembali, terasa syahdu. Banyak kenangan telah diukir sepanjang sesi 2011/2012 ini.

Namun, satu perkara yang masih menjadi tanda tanya. Siapakah bakal pengganti seterusnya. Hari demi hari, sentiasa berfikir. Harapan hanya satu, bakal pemimpin akan datang mampu untuk memacu HIMMAT ke arah yang lebih hebat.

Dalam tidak sedar, tiba-tiba rasa sudah semakin hampir untuk menamatkan pengajian. Terlampau singkat rasanya. Rasa macam baru mendaftar beberapa bulan yang lalu. Tapi sekarang sudah semester terakhir, semester 6. Semakin sibuk. FYP, HIMMAT dan pelbagai lagi tugas yang perlu dilaksanakan sebelum bergraduasi. Semoga saat akhir berada di bumi UMT ini, diberkati, dirahmati, dan diredhai. Insya-Allah.

Persiapkan diri, persiapkan peribadi, jangan sampai hanyut bila diluar nanti.
Diri asyik mengantuk. jangan hanya duduk tersenguk, kerana masa semakin suntuk,
Jangan hanya berdiam sunyi, sampai terasa dibenak hati, kelak nanti akan rugi.
Serikan hati dengan cinta, jauhkan diri dengan duka, supaya kita hidup bahagia.

Sunday, March 4, 2012

Doakan Kami & Kita Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ohhh!! Jam 3.41 pagi. Mata masih tidak mengantuk. Hati rasa sangat syahdu. Kepala sentiasa ligat berputar, menanti hari esok dan seterusnya. Menempuh beberapa hari yang getir. Saban hari semakin letih, kudrat semakin berselirat. Urat-urat dawai semakin kendur, liang leher mula menjerut hingga ke kepala. Garis-garis liku dihati semakin berbekas. Ada apa dengan diri aku. Ini tidak lain tidak bukan, satu sahaja benda yang masih lagi tidak berpenghujung. Apaaaa??

Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT'12)

Apa? Di mana? Siapa anjur? Bila? Ohhh!! Pelbagai soalan muncul. Perlu dijawab dengan tenang kepada penanya soalan. Jangan rimas, mereka perlu tahu. Itu kemahuan. Banner? Bunting? Video? Gimik? Running Order? Makanan? Goodie bag? Apa ini semua? Buat kepala berpusing disebabkan terlampau berfikir. Segala persiapan perlu disiapkan. Jangan tertinggal satu pun. Kalau tidak, haru jadinya.

Bilanya KONMAT'12 ni? Jangan sembang kencang.... Buat dulu baru hebah, baru cerita. Ini tidak, baru buat proposal, sudah mula sembang macam esok program. Puiiiii!!!! Kalau nak hina pun, jangan macam tu, Biar 9 & 10 Mac 2012 menjadi saksi. Samada sembang kencang aku hanya khayalan ditiup angin Pantai Teluk Ketapang, atau ia menjadi kenyataan yang bakal tersemat dalam diari dan kamus atau disebalik buku sejarah UMT selepas 10 tahun akan datang. 

Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran, kutukan demi kutukan, terduga, diduga, menduga. Aku tetap tidak berhenti bergerak, biar merangkak, biar bertatih, biarlah perlahan. Janji ia berjalan. Anak-anak buah mula berlari bila dikejar, tapi mula berjalan jika tidak disuntik dengan nada marah dalam dunia maya khayalan.

Tekanan, marah, sakit hati, makian, pujian, cacian, itu normal. Siapa terasa, perlu lihat kembali apa salah mereka dahulu. Jangan hanya tahu bermuka bengis. Jangan hanya tahu tarik muka. Perlu lebih rasional. Tapi, selepas satu bulan, aku lihat mereka mula bijak. Mula mengorak langkah, satu persatu cuba diselesaikan. Yang degil, itu tetap ada. Tapi itu tetap normal. Jangan pernah berhenti berharap. Peluang terbuka luas untuk mereka buktikan pada kita, mereka, dan sesiapa sahaja.

Kini berbaki 5 hari sebelum KONMAT'12. Mampu atau tidak, kita hampir 80% bergerak. Melangkah 1% ke 80% adalah satu perkara yang membanggakan. Bukan mudah, bukan kacang, bukan juga permainan dan persaingan untuk mendapat nama. Tapi apa lebih penting, ilmu kemahiran, ilmu didikan, ilmu kesenian dan ilmu kemuafakatan dalam sesuatu perkara. Itu lagi penting. Jangan hirau apa orang kata, janji kita semua bahagia.

Moga KONMAT'12 mampu menjadi platform terbaik bagi kita sama-sama memperbaiki diri. Sama-sama menuntut ilmu. Sama-sama berusaha dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, mohon kekuatan, mohon semangat, mohon doa yang terbaik buat kami dan kita semua. Semoga berjaya!!!!! Insya-Allah.