peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Monday, May 21, 2012

Final Year Project (FYP)

Hai. Assalamualaikum.
Jam 3.25 pagi. Aku mula menulis. 

Tiada point sebenarnya. Tapi sengaja membuka layar putih yang penuh coding Microsoft Word 2007. Motif update, adalah ingin bercerita yang aku masih belum tidur jam tiga setengah pagi. Buat apa? Baru balik clubbing ke? Nauzubillah. Astaghfirullah.

Jadi apa yang anda lakukan. Oh. Saat menghitung waktu kecederaan seperti perlawanan Chelsea vs Bayern Munich semalam. Aku sedang cuba mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk meluahkan ke layar komputer riba menyiapkan dokumen penting iaitu PITA. Ohh!! Indahnya hidup bersyariat. Eh, itu tajuk buku. Silap!!

Saat ini, di ruangan chat FB, masih beratur rakan-rakan seangkatan turut sama berjuang menyiapkan kata-kata pujangga untuk dokumen tersebut. Orang kata, buat dipagi hari, idea datang mencurah. Mungkin itu jadi pegangan semua ahli ilmuwan. 

Mungkin............. 

Saat jam 4 pagi, semakin banyak idea untuk membuktikan teorem serta algoritma yang kompleks. Pembuktian demi pembuktian akan lebih tersusun dan rapi mengikut susunan. Wujud Siri Fourier, Siri Taylor tatkala Newton Selang melambai-lambai memanggil semula kuasa yang hilang sewaktu persamaan pembezaan separa. Dan kemungkinan juga, langkah kehadapan dan kebelakang berjalan beriringan menuju ke puncak maksimum ataupun minimum.

Saat jam 4 pagi juga, mungkin ketika itu Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mula mengeluarkan analisis yang lebih berkualiti. Menunjukkan carta alir yang lebih lengkok dari biasa. Menunjukkan nilai kesignifikan yang lebih tinggi dan membuktikan nilai kesahan yang kukuh tatkala menguji kekuatan item dalam soal selidik. Ataupun ketika itu, nilai-t sudah mula terpesong jauh dari jalan yang lurus. tetapi dibantu nilai chi-square yang sentiasa dalam lingkungannya.

Saat jam 4 pagi, kemungkinan besar, transformasi MatLab dan Mathematica mula tidak cerewet dalam membaca input yang dicoretkan. Ketika itu, nilai titik pada graf mula menjadi proportional tanpa bengkok. Mungkin ketika itu, simbol x, y dan z menjadi nyata tidak lagi imaginari semata-mata. Kemungkinan juga pengiraan dan penyatuan titik minimum dan maksimum betul-betul diatas garis lurus yang akan membentuk jawapan kepada segala persoalan.

Saat jam 4 pagi, C++ mula menambah elemen tambah dalam perisiannya. Kali ini apa yang ditambah adalah sikap tidak terlampau perfectionist. Ini akan membuatkan manusia hilang sabar untuk bergurau senda dengannya. Mungkin juga, ketika ini corak huruf rekaan B-spline mula menjadi huruf jawi dan ketika itu, nilai Lagrange Interpolation turut bertukar menjadi nombor bulat dan tidak perlu untuk dinilai sepanjang skrin kalkulator.

Namun, persoalannya, adakah ia terjadi? Sama-sama kita usaha. Sama-sama kita berganding bahu menyelesaikan mana yang kita tak tahu. Sama-sama kita berlari, sehingga berjumpa apa yang dicari. Sama-sama kita mengira sehingga nampak jalan yang lebih terbuka. Sama-sama kita menganalisis, sehingga tiada jawapan yang tiris. 

Semoga berjaya semua pelajar yang mengambil Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Semoga kajian anda dimudahkan dan diberkati.

Assalamualaikum. Selamat Pagi.


No comments:

Post a Comment