peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Monday, May 31, 2010

Puisiku..

Assalamualaikum..
Tulisan kedua, lbh kurang 10malam, isnin..
Saje ingin pamerkan nukilan puisi sy yg pertama...


MENCARI….

Mencari,
Angin bertiup lemah-gemalai,
Awan bergerak sedetik demi sedetik,
Matahari semakin tenggelam,
Senja pula hampir tiba,
Aku bagai mencari sesuatu yang telah hilang,
Di lautan, di daratan dan di angkasa,
Tetapi tiada.

Aku mencari,
Aku duduk menyendiri,
Aku lihat ke kanan,
Aku toleh ke kiri,
Aku pusing ke belakang,
Aku renung ke hadapan,
Tetapi tetap tiada.

Aku mencari,
Di hening subuh.
Pabila pagi menjelma,
Matahari timbul semula,
Aku mencari, aku mencari, aku mencari !!!,
Aku pening, aku runsing, aku bingung,
Di mana?? Di mana??
Biarlah ia menjadi rahsia hatiku.

Malam menjelma kembali,
Aku masih mencari,
Aku mula mengerah tenaga,
Mencari kekosongan masa,
Mengisi tanpa ragu-ragu,
Aku mengorak langkah,
Beribu batu ku redah,
Penuh berliku tanpa keluhan,
Mengharap sesuatu keajaiban,

Akhirnya aku terjumpa,
Aku berjumpa dengan,
KEJAYAAN.


Puisi ini ditulis zaman dahulu kala, ktika msh muda, hehe.
Bacelah, sje letak, skadar suke2, huhu.
Bye2.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment