peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, June 30, 2011

Tourist part 2

"Allahuakbar, Alllahuakbar"..... Laungan azan dari surau di belakang rumah mereka. Selalunya dorang bertiga pegi solat berjemaah. tapi, disebabkan tourist terus tak pegi. apa nak jadi lah. "Wei, sebelum kita keluar, apa kata kita solat jemaah dulu" kata Lan si ketua rumah. "kau biar betul Lan, demam ke tetiba solat jemaah kat rumah" kata Azli. Lan menjawab mudah "Aku nak mohon perlindungan dari godaan syaitan, faham-faham lah" Sengih mereka bertiga.

Dalam kereta.....(lagu NurKasih berputar)

"wey, malam ni nak aqiqah minah holland tuh hotel mana". Paaarrrppp!! kotak tisu kleenex dengan protoraip van milo melambung kena kepala si Azli kat belakang. Azli nih perangai gila-gila sikit. Kereta proton Inspira dipandu laju dari rumah. Jam baru pukul 7.30 malam. Masih awal. "Lan, stop jap kat 7E, aku nak beli sesuatu" kata Mat. "Nak beli barang lelaki lah tu" sambung Azli."Aduuhhhhh!!" kuat jerit Azli lepas kepala dia kena katuk dengan Blackberry Bold 3 Mat. "apa pun tak boleh", kata Azli

setibanya di Hotel Premula....

"Wey, biarlah aku yang bukak pintu", "Biar aku lah", "Aku driver, biar aku lah" kecoh nak rebut siapa yang bukak pintu. Tiba-tiba......... WOWWWW!!!!!! Mata terbeliak, mulut ternganga, air liur hampir meleleh di tepi bibir... Adriana keluar berbaju kurung kotak-kotak. Ketiga-tiga yang ada kat luar kereta, kelu lidah. dengan rambut ikal mayang, tinggi, berbaju kurung. Ayu sungguh... macam Ana Raffali versi Holland.



"Hi all" kata Adriana pada mereka. Mereka terus masuk kereta. Adriana mula kan bicara...

"How are u?"
"Fine" kata mereka.
"Have you taken your dinner?"
"Not yet. we wait for u"
"oh, so nice of u my dear friend"

Tibe-tiba lagu Faizal Tahir, Gemuruh berputar di radio. Terdengar siulan Azli dan nyanyi sepi Mat di belakang. Adriana tanya " who's song is this?". Mereka menjawab Faizal tahir, lupa yang Adriana nih bukan org Malaysia. "What? Who?"... Mereka tepuk dahi. Azli menambah " This song sing by Malaysia's Superman"... Hahahaha. ketawa mereka pecah dalam kereta.

Kereta terus dipandu laju ke Kg Losong Hj Su.... Objektif mereka hanya untuk makan keropok lekor. dalam kereta itu tak bising, tak sunyi. jarang sembang, konon mereka tu pemalu... sesekali lagu english diputarkan, Adriana turut menyanyi, terutama lagu Lady Gaga n Lagu JLo....

Bersambung...............

p/s siapa yang tidak tahu asal usul cerita boleh baca Tourist part 1

p/s happy dah habis practical

Merapu. Merepek. Mengarut.

Assalamualaikum.....

Hari ini penat. Tapi saya suka kehidupan sebegini. Lebih nampak proaktif. Ceewaaahhh. Wey, 30 Jun sudah.
Tandanya, hari akhir ber-practical. cepat betul masa berlalu. Memang tak sangka sekejap je aku practical. tapi memang best lah kan da habis. gembira tidak terhingga dan aku juga telah mnyiapkan report practical dengan pantas. itu pun sebab nak hantar pada supervisor. kalau tak..... lambat lagi lah siap...

so, kalau korang ingat, aku ada sebut pasal plan lepas practical. haa........... tangguh lagi eh. kita cerita lagi beberapa hari. nak kena try dulu projek tu. kang tak jadi, segan lak cite awal-awal. huhu. so, sabar eh. nanti i cerita kat u'ols semua okey.

hari ni balik je kerja, tibe-tibe sebijik lori depan umah. umah bersepah. rupa-rupanya........ ade lah sebab, rahsia!!. then, lepas dah settle suma. Baru aku ingat, frontpage report tidak bertaip lagi. haha. lari terus buat. dalam masa yang sama, sambil tengok slot akasia kat tv3. lepas habis je, solat. siap print suma. terus memandu kereta dengan laju untuk pegi photostat and binding. punye kelam kabut, parking keta, lampu tak tutup. nasib baik boleh start kereta. then balik umah, campak report. terus tgk bola.

Malaysia MENANG!!!!!!! walaupun tipis. janji menang. perjuang belum selesai. hehe. lepas tuh sekarang gaga update blog walaupun mata dah mengantuk, mataa tak leh bukak, mandi pun belum. dan cukup lah sampai sini melalut.

bye. Assalamualaikum

p/s nantikan sambungan Tourist part 2 esok.

Tuesday, June 28, 2011

Tourist part 1

Tali gitar dipetik Lan satu per satu dengan lemah longlai. sambil mulut kumat kamit DO.. RE... MI... FA.... SO... LA.. TIDO. 'Uissh' Mat memukul kepala Lan. 'Kau nih asal ada kat rumah je tido, asal tido je kat rumah' Mat sound direct. 'Suka hati akulah, rumah aku, ape pun tak boleh (gaya Jambu)' Lan merungut.

Datang Azli dari pintu, jom pegi jalan Pantai Batu Buruk sahut beliau. Lan dan Mat mata terus membulat. serentak mereka berdua 'JOM'. Dengan berseluar pendek Billabong, tshirt Pagoda, selipar Flipper warna warni, shades RayBan pasar malam, dorang terus keluar lepas Asar sambil bawak gitar kapok sebuah.

Dalam kereta....

Motif kita bertiga pergi Batu Burok nak wat ape? Lan bertanya. Azli jawab mudah, saja lepak-lepak usha awek cun, boleh jugak cegah-cegah maksiat. kan dapat pahala. Ketawa pecah. Tibe-tiba lagu Awan Nano kat radio. Serentak mereka bertiga nyanyi, tapi sebab tak tau lirik, reka lirik sendiri "Begitulah Awan Nano.. Nano.. Nano, Nano Nano....." dan bereterusan sampai habis.(sumpah tak sedap kalau dengar)

Di Pantai Batu Burok..

Wey, jom beli RootBeer kat A&W kata Lan. 'Set', serentak Mat dan Azli. Baru nak masuk je, tiba-tiba ada orang menyahut 'Halooo, vrede, begrijp je Nederlands'... Ketiga mereka pandang serentak sambil mulut terbuka luas, mata terbeliak tak berkelip sambil berkata 'rezeki weyyyyyyy'. Mana tak nya kalau tourist tuh berbikini je. Ketiga mereka menjawab serentak 'Hello' dengan nada British. dan Lan sambung ' i dont understand what u saying'. Tourist tuh pun pelik. Tourist membalas 'Do you understand English?' Yesss serentak merekamacam memberi salam pagi dalam kelas darjah satu.

Tourist tuh sambung 'where can i get the pure kropoks lekors?'. Azli menjawab, 'u can find kepok at the Losong place' Tourist semakin pening, dan Lan dan Mat dah menahan ketawa kat sebelah. Maklumlah gagap jumpa tourist. Kemudian, Lan menyambung, 'if u want us to bring u, i can bring u to Losong place, u can eat much and many there'.

Tourist itu pun tersenyum lalu berkata 'U can fetch me after your prayers at 8 at the Premula Lobby... See u there..' Tourist itu bagi mereka business card. Mereka serentak menjawab 'okey dear, tq, love you' dan terus berlari kegembiraan. Tourist itu tergelak dan senyum keseorangan.

Budak bertiga tuh terus tak jadi nak beli RootBeer, tak jadi nak lepak kat Batu Buruk, terus naik kereta, balik umah dan berebut nak mandi. Semua nak bersiap smart-smart sebab nak jumpa tourist tuh malam nanti. Padahal jam baru kul 6 petang...

Jam 7.10, Azan Maghrib berkumandang.......


Bersambung............................................................

p/s nak balik keje. bye.

Monday, June 27, 2011

Forum : Career In Malaysia "Opportunities vs Mentality"

Assalamualaikum and hello to all!!

This entry is purposely to all fresh graduate, and undergrad, especially to all my friends, HIMMAT members, seniors and juniors. On 26 June 2011, i have attended a forum in conjuction with the GLC Open Day 2011 at KL Convention Centre. Topic of the forum is Career In Malaysia " Opportunities vs Mentality".

Moderator :
Tan Sri Datuk Rafiah Salim (Director of NAM Institute of Empowerment of Women)

Panels :
Tengku Datuk Azmil Zahruddin (MD/CEO of Malaysia Airline System (MAS))
Datuk Izzaddin Idris ( MD/CEO of UEM)
Profesor Dr. Halimaton Hamdan ( Lecturer UTM)
En. Amirul Feisal B. Wan Zahir (Executive Director of CCM)
En. Johan Mahmood Merican ( CEO of TalentCorp Malaysia)

Summary of the forum.

All of them have background in accountancy except Prof Halimaton. Is it necessary to have background in accountancy so that we can achive the position as them?

All the panel said it is not necessary as they have their own history why do they involve in accountancy. But they said that, what you need is passion in doing works So, that you can move a step further and be like them.

As an academician, people always think that the career involve is teachers or lecturers? As a academician whether you publish or perish?

Prof Halimaton major in chemistry. Do works that you love to do. As an academician, you also can be a scientist. Doing research and invent new things. Contributing new product to you country.

En Johan said that graduates should have passion and be pragmatic in what you do.

Issue : Money gain

1.  Job hopping. Better payment.
If your salary being raised up just a little bit, and because of that you quit and take another job, it is not good. One of the panel said that we as a workers should be loyal to our company. Besides, one of them said, it is good so that you can learn new things and gain more experience. But, frequently job hopping is not good as well

2. Working in overseas
Student from Malaysia do not want to return back because they work there with higher slary. But one of the panel said that, even their salary is high, but their cost of living also high, and at last, they will return to Malaysia. Same goes to workers in Malaysia, they tend to feel that their salary is not enough because the cost of living increase day by day. " Dollar pay by dollar, Ringgit pay by ringgit" - Datuk Izzaddin

Issue : 20% of student enter Science stream

Country needs more scientist, but unfortunately, the latest updates, just 20% students enter the Science stream. The government targetted for 60% student entered. Prof said that in producing new scientist, school system need to be reviewed. Governement should provide enough facility for student to experiece a practical session more so that it can attract student to enter Science stream.

Student with mathematical background were also be accepted to study ways of optimizing - Tengku Datuk Azmil


In Q & A session.

1. Question is about the English language in the silibus. Is it good, or the other way round?

Back in old days, all the Science subject being teached in Bahasa Melayu. But when they further their studies to overseas, all become in English. But it is not a problem to change the terms. But for them, the important things is English language. Students nowadays should be good in English as well as communication skills.

Student also need to be good in interpersonal skills as well as good communicating skills in English - En Johan


This is a simple summary of the forum. To whom who wants mor explanation do contact me, or see me, so that i can explained more.

p/s To all mathematics student, you should be proud because our course being mentioned quite a number of times

p/s for career tips, will be updated soon.

p/s sorry for the broken english as well. HAHAHA

tq. Assalamualaikum.




Saturday, June 25, 2011

Ganu Nelang!!!

Assalamualaikum!!

Selamat hari Sabtu. Selamat petang semua. sebelum keluar dari rumah rasa macam nak update blog untuk hari ini. baru lepas tgk maharaja lawak kat youtube (tak mampu langgan mustika). entry lepas ade terkeluar i bangga dengan org terengganu. ahaa. bangga habis dgn negeri terengganu.

first sebab apa en, sebab i belajar disana lah. ooh. belajar di universiti malaysia terhebat Terengganu (UMT). tepi pantai, x besar x kecik, sedang je keluasan. tapi itu lar bgs, xyah pakai kenderaan. jalan kaki je. hehe (padahal selalu tumpang org) tapi, bila time panas, TERBAKAR wey. panas gila. tapi tetap bangga dengan Terengganu. haha.

kedua, ha, saya suka sangat singgah pasar malam. setiap selasa and khamis. n benda yg i suka cari and kalau boleh nak berlari, nasi kerabu atau nasi dagang. owh, marvellous. ahaa. sanggup queue panjang semata-mata nak beli sebungkus nasi kerabu + daging bakar. heh. sangat sedap. walaupun harga dekat RM5. mahal gila wey. nasi dagang terengganu pun superb jugak. heh.


ketiga, bangga dengan team bola terengganu. ahaa. ni latest skit, sebab team Terengganu menang Piala FA kan. Hebat wey "tranung nelang" bak kata banner kat stadium. hahaha. dorang x kenal erti putus asa, walaupun dah saat terakhir. heh. bangga Marzuki Yusof kalau die baca. haha.

keempat, orang terengganu ni bijak pandai and suka membantu orang. uish, i ada kawan nih, pergh, bijak pandai sangat. suka membantu orang. rajin. bagus betul. tak leh sebut nama, sebab dorang perasan nanti. payah plak kan. antara contoh nya, tolong ajar benda yang i x tau, tolong wat kertas kerja, tolong pos barang kat umah, tolong hantar n tumpang pegi kelas. memang baik ar (sy tidak paksa, saya cuma mintak tolong).

kelima.. dekat terengganu x banyak duit habis. sebab ada giant ngan mydin mall je. ahaaa.... barang murah beb kat mydin. hehe. sampai ada yang kata kat i,"lepas belajar, cari duit, then pindah lah terengganu". haha. over betul. heh. ooh, orang terengganu juga kuat agama. hehe. bagus.

tu je sebabnya, saje nak wat entry macam ni. maklumlah. bak kata pepatah melayu "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung". semoga terengganu terus maju. sila baca link sebelah entry bahasa terengganu. lagi best. ditulis oleh blogger

ok tu je nak cakap. bye Salam.

p/s ada orang cakap, kalau dah bangga, kahwin je lah dengan orang terengganu. orang cakap.

p/s entry khas untuk warga Terengganu.

Friday, June 24, 2011

Dinding Batu

Assalamualaikum!!

Hai. sebelum gua balik kerja, gua ingat nak kasi cer kat korang lar beb. cerita ni memang membuatkan hati gua luluh + rasa nak tampar je mereka. (kejam kan?) walaupun hari ni hari mulia hari Jumaat.

so, hari Jumaat confirm la gua pegi solat jumaat kan sebab gua lelaki. gua gerak dari ofis gua pukul 12.40 camtuh lah kan. then, gua sampai sane, gua lepak jap dalam kereta gua, tukar kasut, karoake lagu kat radio (jangan tiru benda ni). then baru gua kluar kate dgn penuh bergaya berselipar jenama lotto.

jalan dua tiga tapak gua tetibe rasa nak terkencing lah plak kan. gua pun pegi lar cari tandas kat Masjid Firdaus tu. Dah jumpa, tandas lak penuh. Tunggu jap. Lepas tuh kosong gua masuk. bila masuk je, gua rasa nak memberontak je (bukan sebab ada lipas). Bila gua pandang keliling gua, gua nampak macam-macam.

DAMN!!!! WTH!!! lu orang tak reti nak jaga tangan ke dow. agak-agak tangan dah cukup kuat sangat lah kan. bikin hati panas bila tengok dinding berconteng. dah lar conteng, kalo cantik macam graffiti tak pe lah. ini tak cantik langsung, buruk, ayat nak lucah je, dah tuh dok cerita pasal politik.

Najib B*** la, Nik Aziz C***** lah. Hadi S*** lah. Eh, lu org ni semua sangat hebat ke nak kutuk dorang semua dow. Aduhai, macam haram lah kan. Nasib ar airkencing gua terputus cepat, kalau tak bernanah mata tengok dinding.

Kalau ye pun marah, nak kutuk, jangan lar conteng dinding, adik gua umur 1 tahun pun tak macam tu. Lu orang kasi pikir la kalo dinding umah korang kena conteng macam tu. Banyak lagi tempat lu orang boleh conteng. blog ada, fb ada. ape susah, sign in je, bukan kena bayar pun.

Lu orang conteng dinding tuh dapat 2 dosa. dosa conteng, dosa kutuk. kalau pakai sumber yang elok, lu orang dapat 1 je dosa, dosa menconteng. itu je. saja nak luah perasaan.
bye.Salam

p/s gua solat Jumaat tadi sekali dengan budak PLKN. smart baju dorang.

p/s ahlijawatankuasa surau/masjid, sila cat lah dinding tu.



Harimau Bersinar dengan Ngauman

Assalamualaikum...


Aku xkira orang nak kata apa, tapi aku tetap nak update blog. Entry yang pantas dan pendek. Saya nak kata saya gembira, sebab dapat tengok Malaysia menang semalam. Telah mengalahkan pasukan Lubnan.

Penjaring gol Malaysia Irfan dan Wan Zack. Finishing top. Passing dari Gurusamy dan Gary pun tip top.
Tetapi dalam banyak-banyak player yang main semalam. saya bangga and salute habis kat sorang player. Defender kental habis, disiplin, control backline. Beliau (macam PM) ialah Muslim Ahmad.

Anak Terengganu yang hebat. Dan semakin matang bermain dalam pasukan Malaysia. Tidak lupa juga penjaga goal yang juga hebat walaupun melepaskan satu goal. Khairul Fahmi atau Apek.

Tahniah buat pasukan Malaysia. Lepas nih gropu stage kelayakan ke Olimpik. Semoga berjaya. Jangan plak beraya sakan, sbb match selepas raya. Hidup Malaysia.

p/s bayangkan kalau team Malaysia masuk Olimpik. aku rasa aku sanggup pegi sana tengok.

p/s semakin mengagumi orang Terengganu.

p/s nantikan sambungan kumpulan wanita part 3

Bye. Salam.

Wednesday, June 22, 2011

Anak Kumpulan Wanita part 1

Assalamualaikum

Hi u'ols. loceng dah bunyi (lagu Isabella). so, itu tandanya, waktu rehat menjelma. ini juga bermakna sudah boleh mengupdate blog. Semalam i sempat lepak dengan kawan i, die boleh bukak cite sambung pasal cerita sekumpulan wanita tu (entry sebelum). i pun dgr je la. berteman kan teh o limau kaw punyaaa..........

i sambung dari semalam, dalam cite semalam ending die budak2 tuh kawen, n ade anak sepasang boy n girls kan. ini kisah anak mereka yang lelaki. yang gurlz tuh, kawan i kate nanti die cite. 7 org anak laki dorang nih memang rapat. sangat rapat. dari zaman main Power Rangers, maen police entry,smpai lah, sekolah rendah, menengah sama je. smpai matrik je lain. then tibe2 dorang sambung di IPTA terkemuka. secara kebetulan. duk umah sewa pun sama. mmg bagus. jom kite kenal sorang-sorang. jom......

yg sorang nih anak pada Ms.A. Nama die en.S. Die nih ikut habit mak die, suke sangat tgk movie. hari-hari mengadap laptop tgk movie. si S ni, muka selamba je. ko wat lawak, pun die wat rilek je. kalo betul-betul lawak, barula die gelak. tapi die nih hebat dalam bab IT. komputer semua dihujung jari.

seterusnya anak pada Ms Y. org panggil dia Boy. Nama betul dia en.A. sifat dia jauh berbeza dari mak die, maybe ikut genetik bapaknye. die sgt kelakar. tapi lawak die bodoh gak kadang-kadang. suke usik orang. smpai mak die pun die usik. the best think die nih ade gf selalu dating. cite gf die nanti kite cite lain. yg best nye die nih kaya skit, ade sebijik keta. slalu bwk kwn2 die jalan. kuat agama pun die jugak.

anak kepada Ms F pulak suke sgt perasan. anggap diri die kacak, comel lah. padahal.... haha. die nih agak berbadan comel skit. ikut mak die jugak. suka cari gaduh dengan org jugak. maklumlah,. besar kan, senang nak pukul. hahaha. but actually die ni well educate. bijak. sumber rujukan member die. itu lah si en.SK seterusnya anak Ms H. kecik je die, comel-comel gitu. tapi ikut style mak die. cakap laju gila. tapi certain time diam (silent mode). anak die ni berfalsafah skit. die hebat berdebat. susah ar nak menang dgn die. sebabkan mak die nama Ms.H. anak die pun en.H.

anak pada Ms. D. "mana x tumpahnya kuah, kalo x ke nasi" mak loading. anak lagi loading. i rase dorang kena bawak gi berubat. anak die pun ikut mak die, pemalu di dunia. nak cakap sepatah, macam ada emas dalam mulut. tapi sekali cakap, berbisa jugak ayat. tapi yg bagus, anak die si en.AH ni hebat bersukan. badminton, gaya dh macam chong wei. futsal macam CR.

next...... anak Ms.Z. sebabkan mak die gaya gangster. anak die ikut jejak. so, mak die hantar anak die gi gym. anak die nih badan tough habis. kalo sehari makan telur ada lar dalam 4 5 biji. ish3. suke bersukan lar. pandai gak maen futsal. terbang sana sini, maklumlah badan tough. en M nama anak die. ha.. last sekali, ni anak Ms.K. anak die en.H jugak nama. nih pandai jugak. otak genius. tapi badan akrobatik. menggeliat sana sini. hahaha. makan pun banyak jugak. n the best thing, die pandai masak. kawan i kate ayam masak merah die sedap.  hmm...

bgitulah kisah yg kawan i cite kat i. byk lagi, tapi i ringkaskan. mmg kelakar lar dgr kisah mereka. mereka punye rumah C64 kalau x silap. skg ni mereka dah bekerja dah. sedang mencari calon isteri. nanti i dah dgr cite, i crita kat u'ols k. ahaha.
bersambung.........................

p/s entry ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati

till then.
Assalamualaikum. Jumpa lagi.

Tuesday, June 21, 2011

Kumpulan Wanita

Assalamualaikum..

Selamat petang u'ols,,, Ahaks. Gedik. Suka hati la kan. Boring plak malam ni, so, i rase i nak tulis something kat blog i. Walaupun pagi tadi i dah berblogging. Tapi malam ni rasa nak berblogging lagi. (bila la i nak jogging,badan dah macam belon).I ada cerita yg kawan i cite pada i, n i nak cite kat u'ols. (faham x?)

Cite ni pasal sekumpulan wanita. Owh, well. i suke cerita pasal wanita nih. romeo kan. (perasan). Kalau nak ikutkan mereka ni pada awal-awalnya memang x mengenali sesama mereka. Ada kenal pun sbb sebelum ni pun belajar tpt yg sama, tp itu pun just jeling-jeling. But, when they meet, tibe2 leh satu kepala plak. Bukan bermaksud cantum kepala. But dorang boleh get along lar. Kawtim, Baek punya (serentak Hazama n Dafi).

Malas nak cerita banyak, sebenarnya setiap dari mereka ni ade perangai masing-masing. I kenal kan yg pertama Ms A. Dia ni lebih kurang macam leader. Gila-gila, Sengal, n die pendengar yg baek. Kira pangkat kakak lar pada mereka semua. Yang unik nye, die ni boleh main tukar-tukar suara. Hebat kan...

seterusnya, Ms. Y. uish, die ni garang skit. tapi garang-garang die pun manja jugak, n baek hati. Kadang-kadang die marah, tapi at certain time, sungguh mnyenangkan. n one thing, die nih bila time buat keje, die sangat fokus. Bagus. Next.. Ha, yg nih plak Ms. F. Die ni suka sgt berkawad. Suka warna oren. Suka gelak sangat-sangat. Time suka gelak, time marah gelak. time sedih pun gelak. complicated betul. tapi, die ni dikalangan yang bijak pandai. die dikira sumber rujukan geng die lah.

Yg ke 4 nih org tranung. one word dat she used to is "sumbak". die lah Ms H. dia nih bagus sbenarnye. Laju dalam setiap perkara. especially masa berjalan. macam ada pertandingan lumba jalan kaki. hahaha. but die nih bab agama die bagus. kire cam ustazah jugak lar. yg ke 5 ni pulak Ms D. Die nih, bukan nak kata, tapi sangat loading. Haih. sampai bila lar Ms D? haha. Tp disebalik ke-loading-an die,die ni penyayang. nampak kucing terbiar, die gi bagi makan. suke sgt kat kucing. agak2 kucing suke x kat die?haha
Then Mr. Z. Oooo, die ni gangster. senteng tangan hari-hari macam nak gi bergaduh. big show pun lari kalo jumpa dia. satu je yg x ok, die nih kuat merepek. gila skit kadang-kadang (selalu sebenarnya). tapi yang havoc nye die nih, senang dibuli, n die nih x makan kutukan n hinaan. korang hina n kutuk lar ape, die lawan balik. x kesah langsung. bagus betul. kuat jati diri. die nih jugak selalu terbuang. hahaha. n last one. Ms. K. die nih, masa i lepak ngan kawan i, kawan i x smpat cite byk kat i psal die. cuma die sempat kata, die nih kalo nak cari senang je, cari kat kedai makan. confirm die ada. huhuhu

demikian lar cite sekumpulan wanita, bayangkan bila mereka disatukan semua. mesti havoc kan. walau ape masalah pun dorang settle baek, gaduh ke, perang ke, berebut lelaki ke, sume boleh settle. skg nih dorang dah besar-besar panjang. dah kahwin dah pun. dah ada anak dah masing-masing. moga mereka akan jadi geng sampai bila-bila. Insyallah. Amin.

p/s i tak sempat nak amik gambar dorang dari kawan i. sory.
bye u'ols. Assalamualaikum.

HRS = ___________?

Assalamualaikum
Hai... Selamat pagi

Pagi ni rasa nak update blog sedikit, disebabkan Boss tiada di office ni. So, buat kerja pun acuh tak acuh je. Maklumlah. Kerja tinggal lagi seminggu nak habis PRACTICAL. X sabar.

Seminggu yang lalu, aku diberi kerja yang BOSAN gila didunia. Nak tahu apa? Aku diberikan Laporan Penyelidikan oleh pensyarah IPTA. Tebal gila (lebih 300 ms lah jugak). Kena membaca benda tu, dan kena buat ringkasan laporan tu. Dalam kata lain "ARTIKEL". Sangat x best. I dont like to read. HAHA.

Tajuk kajian itu adalah, "Towards Internalisation and Commercialisation of Malaysian Fruits : Assessment of International Consumers' Awareness, Acceptance, Attitude and Preferences (Japanese Market). Panjang kan tajuk (Cuba try baca dalam satu nafas, baik untuk kesihatan).

Disebabkan aku ni tidak berapa laju sangat membaca, dalam masa yang sama, laporan tuh dalam ENGLISH. Aku pun macam hidup segan mati tak mahu je baca buku tuh. Basically, kajian ini untuk tau market kat negara Matahari terbit sana. Malaysia nak import satu buah yang sedap iaitu mangga HRS. sebab apa nama HRS? sebab die  HR*S = HRS (equation math). itu pun nak tanye ke.


Kepada sesiapa yang x pernah makan, x pernah tgk, xpernah tau, maybe information kat nih boleh tmbah information korang semua. Tengoklah gambar kat bawah ni, mana tau kalo jumpa kat pasar malam, beli dan makan. Sedap hingga menjilat ibu jari dan tapak tangan atau sehingga menjilat sudu atau garfu. Mesti tanye kenapa en? sebab kalo pegang guna tangan korang guna tangan termasuk ibu jari. Cube lar pegang tanpa ibu jari. Sebab apa sampai tapak tangan, sbb mangga nih berair, juicy. Sluurrrrpppppp.. Sedap.


HRS ni banyak terdapat di Bukit Bintang. (Kat KL, sebelah Sg Wang, belakang Low Yat). Di negeri Perlis. Production buah ni paling tinggi pada bulan April dan Mei. Tahap kemanisan lebih kurang 15 brix. Tapi, nak eksport ke Jepun, banyak sangat procedure yang dilalui. Ada 13 peraturan. 

Dan kalo nak eksport, kena lalu satu mesin yang bernilai 35 juta. Mahal gila. Malaysia dengan rasa banyak duit pun beli. Mesin Vapour Heat Treatment (VHT). Proses nih wajib, sebab nak halang dari fruit flies. So sehingga kini, Malaysia masih lar eksport, tapi mengikut permintaan Jepun la. 

So, kesimpulan. Support lar buah-buahan tempatan. Support juga produk tempatan.

p/s aku selalu promote usaha kerajaan. Petanda Pilihanraya Umum dah dekat

p/s entry khas untuk rakan Ahmad Amir Asyraf. HAHA. Saja sebut nama kau.

Bye Assalamualaikum
Jawapan anda sudah terjawab...............................






Friday, June 17, 2011

Saya Tidak Pandai

Assalamualaikum. Hai semua. Kini tinggal lagi beberapa hari sahaja nak habis practical (9 hari kut). Lepas ni mesti rasa boring kat rumah. Tapi jangan risau saya ada plan (BAEK PUNYA~) Tapi itu entry lain lah eh. Entry kali ini saja nak bagitahu yang saya sememangnya tidak pandai. Korang mesti start dah membebel kan. Kata aku xyakin lar, rendah diri sangat lah, poyo lah, macam2 lar kan. Sabar-sabar. Jangan jump to conclusion. (Sikap orang melayu, biasalah)

Sebenarnya nak bagi tau yang aku memang xpandai nak Edit Blog. Aduhai. Memang ZERO. Tah apa-apa je. Sekarang nih hobby harian memang suka blogwalking. Baca blog-blog yang hebat kan. Korang mesti kata aku nih lambat kan. Yes, I agree. really slow. Maklumlah, dulu x sempat nak baca. Sekarang ada masa, baru lah membaca. Dulu-dulu bz x ingat punya kan. Kena lak, BB cam tah ape2 je. Slow gila en.

Bile baca blog yang hebat-hebat, terpanggil nak wat blog cm tuh gak. Tapi.... bila nak edit tak reti. Itu baru tgk dorang pnye blog. Belum baca entry. Bila baca je entry, rasa cam nak tutup je blog ni secepat mungkin. Gila best. Menarik di dunia. Dah lar entry bersepah kan. Baca mmg x rase borink lah. Gelak ketawa, senyum sorang-sorang pun ada jugak. Mana lah dorang dapat idea-idea menarik macam tuh kan.

Itu baru page dengan entry, cuba tngok dorang punya followers, ngan live traffic. Beribu-ribu beb. Hebat gila. Kalau lah blog ni boleh dikira peluang pekerjaan, rasanya dah ramai graduan x menganggur. Sume dok wat blog je kan....... Tapi tidak lah kan, blog boleh jana pendapatan, tapi tidak tetap. Tapi kalau anda rasa anda mampu, teruskan.

So, dalam kata lain, Kehebatan penulis blog, Kecantikan blog, Kekreatifan blog, Cara Penulisan blog, Entry blog, mereka, membuatkan aku JEALOUS. Damn!!! Kalaulah blog aku sehebat mereka kan best. Tapi apa boleh buat.

Aku Tidak Hebat Tulis blog. blog Buruk. blog X Kreatif. Cara Penulisan blog Bosan. Entry blog Ala Kadar je. Macam mana nak jadi macam dorang-dorang kan. Jadi....................... Berusahalah. Buat lar entry yang bagus dan menarik. Jangan entry sampah macam aku tulis dari atas sampai bawah nih.

Untuk itu.
Bye, Nak gi solat Jumaat, Mintak doa blog CERITARA AFIQSAHIDI jadi hebat. HAHAHA.

p/s Update blog masa kerja adalah teruk dan tidak patut dicontohi sesiapa. Dont try this at your office.

Saturday, June 11, 2011

SALAM.DOT.AURA.

Assalamualaikum...
Ahaa.... Hari ini, hari Sabtu. Weekend. Semalam Jumaat. Macam2 perkara yang berlaku.
Mengejutkan. Teruja. Menggembirakan. Membanggakan. (Conclusion hari semalam)
Entry kali ini. nak cerita pasal
SALAM
Bukan salam satu malaysia. Bukan jugak salam untuk kekasih. bukan juga salam sejahtera. tapi kali ni salam atau dalam English (shake hand). Ahaa.... (cerita ini adalah melalui perasaan sendiri). Bila kita jumpa dengan sesiapa pun kita akan berSALAMan. Betul x? (kecuali yang bukan mahram). So, anda pernah x rasa AURA mereka yg diSALAM.(kalau x rase, xpe, sbb saya tetap nak bercerita)

PENGALAMAN.

1.berSALAMan dengan Tuanku Mizan (YDP Agong)
Di Masjid Al-Muttaqin (Wangsa Melawati). Dapat bersua depan muka, bersalaman.
Pergh........ Bila dapat salam dengan Tuanku. Mak aih. Gillleeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrr arh.
AURA : Kekuatan. Kekuasaan. Kedaulatan. Ketinggian Darjat.

2.berSALAMan dengan Pemimpin Negara.
Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad (KONMAM, UMT) dan Datuk Seri Najib (Padang AU5D). Merempuh dan menolak orang (kasihan orang yang ditolak). Dapat salam.
AURA : Kebijaksanaan. Sifat Kepimpinan Tinggi. Otak Genius. HAHA.


3.berSALAMan dengan Orang Kuat Agama
Dapat salam dengan ustaz-ustaz. contoh. Ustaz Drs Sapawi. Huih. Sejuk rasa hati. Alhamdulillah. Bila lar nak dapat salam dengan Tok Guru Nik Aziz ngan Hadi Awang? Teringin gak. (Jangan rasa aura laen sudah la.. haha)
AURA : Rasa Kuat Iman. Bermotivasi. Hebat. Bersih. Suci. Rasa penuh Ketakwaan. Fuuhh....

4.berSALAMan dengan Orang Kenamaan
Contoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah. NC UMT. dan sebagainya.
AURA : Orang Kaya. Hebat. Berpelajaran and Baik Hati kot. (Baek ke??, Haha)

5.berSALAMan dengan Ibu Bapa
Ini xyah nak contoh lar kan. X kan x tau ibu bapa. Xkan salam x rase pape.
AURA : Kasih Sayang. Restu. (Moga-moga direstui sepanjang hayat)

6.berSALAMan dengan Sanak Saudara dan Keluarga.
HMM, contoh nak jugak lar kan. Sepupu, 2 pupu, 3 pupu, 4 pupu. (Kupu-kupu??). pakcik, makcik, cikpak, cikmak dan sebagainya.
AURA : Keakraban. Kasih Sayang dalam keluarga. Huuuu ~ ~

7.berSALAMan dengan Guru dan Lecturer.
Pergh. Ingat lagi zaman sekolah-sekolah. Rajin betul salam cikgu2 en. Sekarang? Heh. Xtau lar bila. Haha.
AURA : Of Course lar Bijak Pandai. Jiwa Pendidik.

8.berSALAMan dengan Rakan-rakan
Ha, ini bahaya skit. kalo yang lelaki, salam lelaki je okey. kalau salam yang laen jantina. (Lu Pikir La Sendiri)
AURA : Aura Seperjuangan. Macam nak gi perang. Bersemangat rase. HAHA.


Sebenarnya benda ni datang dari perasaan sendiri. Kalau korang xrasa, peduli apa kan. Ada ak kesah?? HAHA. Itu yang ak rasa lar. ANDA ADA HAK MASING-MASING. Saja nak bercerita berkenaan salam nih. Sebab melalui SALAM, ia merupakan langkah pertama untuk memulakan perkenalan. Melalui SALAM jugak kita dapat mengenali seseorang. Xkira lar BERJABAT SALAM, MEMBERI SALAM ataupun MENGGUNAKAN SALAMFONE (eh terPROMOTE).  Jadi, bila berjumpa. Mulalah dengan
 
SALAM


Assalamualaikum.


Thursday, June 9, 2011

Tiada Tajuk Untuk Kali Ini......

Assalamualaikum....
Hmm, sekarang pukul 12 lebih. Boring yg teramat kat ofis. so, update blog lah. kan.

Orang bertanya : Pekerja laen x marah ke?
Saya jawab : Kesah ke mereka pada kita yang practical. Haha.
Orang bertanya : Kalau mereka kesah?
Saya jawab : Terima kaseh kepada mereka lah. Mudah. Haha.


So xkesah lar, tetap nak update blog. Tapi.. Sebenarnya x tau pun nak update apa nih. Just saje-saje menulis. Sambil earphone ditelinga kanan, jari di keyboard menaip, ade plak pengumuman ceramah kat FAMA. Adeh. X fokus rase.

Hmm, plan hujung minggu nih? Macam xda apa2. Kalau family yang anak dia cuti sekolah tuh mungkin lar byk plan kan. Maklumlah dah minggu terakhir kan cuti. Huhu. Tapi, bila baca akhbar pagi tadi, kasihan pada seorang budak yang dilanggar KUDA. Damn!! Macam tah ape2 je en penunggang kuda tuh. Dah tau nak menunggang kuda. Boleh lak gi amik MORFIN (kelab pemadam). Nasib lar adik tuh x meninggal terus kan. Ish3. Tapi ape leh buat. Benda nak jadi kan.

Kalau kite baca Surah Yaasin ayat 82. Terjemahanya.........

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi".


So, kita tiada kuasa nak menghalang. Sama juga lah dalam perkara-perkara laen. Yang kita mampu ialah
 Prevention
@
   Pencegahan

Cara prevention. Banyak. Bersepah-sepah di luar sana. Boleh dapatkan di Pasaraya Giant, tengah SALE.
HAHAHA.

Macam ni lah. Ambik ni. Contoh-contoh nya ialah.......
(Bunyi drum ala-ala ABPBH)

OBESITI
Cara Mencegah : Gaya Hidup Sihat


ACCIDENT
Cara Mencegah : Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah orang tersayang.


SAKIT PARU-PARU
Cara Mencegah : Katakan TAK NAK ROKOK!!!

ISU-ISU PERPADUAN KAUM
Cara Mencegah : Amalkan 1 MALAYSIA.


DENGGI
Cara Mencegah : 10 Minit. Anda Mampu Melakukanya!! .


JENAYAH 
Cara Mencegah : Jadi lah rakan kepada RAKAN COP.

DADAH 
Cara Mencegah : Belia Benci Dadah. Perangi dadah habis-habisan.


SAMAN POLIS
Cara Mencegah : Ingatlah pada Ops Sikap


BULI
Cara Mencegah : Say No Bullying!!


VALENTINE
Cara Mencegah : Awas!! Jerat Valentine.


Begitulah contoh yang telah disertakan. Moga anda semua berjaga-jaga. Berhati-hati dengan persekitaran sekeliling dan keadaan semasa. Kerana itu merupakan salah satu cara pencegahan yang baek dan efektif. Kita tidak dapat menghalang atau mengubati sesuatu yang mmg telah ditentukan. Cuma usaha kita untuk mencegah itu adalah baik. hehe.

p/s Lepas baca, mesti orang kata aku menyokong kempen kerajaanHAHAHA.
 

Sekadar itu sahaja.
Assalamualaikum.


Sunday, June 5, 2011

Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah sekembali dari Ipoh menghadiri kenduri kahwin saudara.

Bacalah nukilan ini......

Kisah pertama

Kenduri kahwin merupakan satu majlis untuk meraikan pasangan pengantin. Dihadiri oleh sanak saudara. Namun, zaman kini, berubah. Dek kerana sedikit kesalahan atau salah faham, segalanya tidak seperti dulu. Kecewa, sedih, syahdu mengenangkan adik nya yang lupa pada kakaknya, abg nya yang lupa pada adik nye. Pakcik nya yang lupa pada anak saudaranya. Titisan airmata mengalir dikelopak mata. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan??


Kisah kedua

Perselisihan faham, pertengkaran dan perbalahan berlaku dek kerana sesebuah majlis. Selesai majlis dengan gilang gemilang. Namun, si anak pula tidak endahkan ayahanda dan bonda nya. Si abg pulaukan adinda nya. Di sebalik itu, si ayah, mengingati dan merindui anakanda nya. Si ibu, perlukan kasih sayang dari anakanda nya juga. Si adik perlukan bimbingan kekandanya. Itu hanya tnggal kenangan. Kini lupa asal azali nya. Lupa pada mereka yang menatangnya bagai minyak yang penuh dahulu kala. Persoalan nya, Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah ketiga

Andai kata dirimu ada RM1 juta. Bahagikanlah sebelum engkau pergi. Mungkin itu resolusi kepada kisah ini. Dek kerana tanah sekangkang kera, rumah tidak berbata, lantai tidak dirata, ladang hasil x sberapa. Tercetus, episod duka. Bukan untuk direka, bukan untuk dilupa, bukan juga untuk digelapkan segala harta. Namun, isu ini berleluasa. Tidak dibendung oleh keluarga, parah hingga hujung nyawa. Jangan sampai kerana harta, bergadai saudara mara. Jangan sampai kerana wang sejuta, hidup penuh dgn ranjau dan duka. Tidak bersemuka, tidak bertgur sapa. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?


Kisah empat

Adik, kakak, abang, along, angah, acik dan sebagainya. Manja panggilan. Namun, pabila mulut berbicara, hati tidak berfikir apa-apa. Kumat-kamit melontarkan berita, mula untuk berburuk sangka, Akhirnya. Masa diiringi duka. Duka diselaputi sengsara. Sengsara diheret ke muka. Muka jatuh ke  hati dan lahirlah perasaan Benci. Bukankah lebih baek kite duduk bersemuka, berbincang bukan membuatkan ia bergoncang. Sebaliknya ia tidak dijadikan teras sesebuah keluarga. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah lima

"Korang2, korang nak tau x, si A tu kan suka sgt menyakat ak, aku benci lar. xsuka betul. Kite pulau die lah eh" begitulah bait2 kata zaman kini. Mula bermusuhan, mula memulaukan, mula untuk membenci. Hakikat nya. Kita perlu sedar. Sejauh mana itu akan terlaksana. Andai esk masih ada, kite tetap bersua. Lari dari realiti namun bayangan tetap mengekori. Lumrah kehidupan bukan begini, tapi perlu diperhalusi untuk kita memahami apekah erti mereka yang menghampiri. Benci. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Kisah enam

"Awak, kita kawan sampai bila-bila". Tiba-tiba suatu hari, terlerai bait2 kata yg telah diuntai rapi. Bukan kerana merebut lelaki, bukan juga kerana mencari calon isteri, namun dek kerana tidak pndai membahagi, tidak rela dikongsi, tidak suka untuk dibelunggui. Haih. Zaman kini penuh godaan. Sekejap disini, sekejap dikiri, Permusuhan mula dirasai, persaingan mula dianggap perang yang hakiki. Sampai bila? Adakah itu menjadi jawapan kepada erti kekeluargaan?

Jadi...... 
6 kisah si pemerhati. 
6 kisah perlu dihayati. 
6 kisah perlu direnungi. 
6 kisah perlu untuk kita jauhi. dan 
6 kisah yang perlu kita ikat rapi agar tidak terbuka untuk dijadi bukti di akhirat nanti.

Jangan bermusuhan kelak nanti hidup keseorangan. 
Jangan melanjutkan pertengkaran kelak nanti dijadikan bahan tawanan.
Jangan rebutkan harta kerana harta tidak dibawa ke syurga.
Jangan berburuk sangka kerana hati akan bernanah luka.
Jangan membenci kerana hidup akan diracuni duri. 
Jangan menjauhkan diri kerana hati lebih indah jika disirami .

Nukilan khas buat semua.
Keluarga, sanak saudara, rakan-rakan serta yang mengenali empunya.

Assalamualaikum.