peminatpengikut..

tentang saya

My photo
afiqsahidi.dua puluh satu.UMT.suka dan cinta matematik.suka menulis.tempat ini untuk luahan rasa. tempat ini untuk orang aman sahaja. tempat ini untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.jika tidak suka tidak perlu baca.selamat semuanya.

Thursday, April 12, 2012

Fakta Menarik Untuk Wanita

Assalamualaikum. Salam Kecintaan buat wanita seluruh dunia 

Amboi. Sangat hot nampak permulaan ayat. Salam kecintaaan, ingat perempuan seluruh dunia nak cinta sangat dengan kau. Muka tak kacak, perangai tak elok. Siapa nak? TIADA.

Baru tiba dari kampung halaman. Ohh. Indahnya. Kembali ke bandar metropolitan KL. Kembali juga bersama laptop Compaq yang dicintai selalu. Hari ini ingin bercerita tentang fakta menarik yang lelaki perlukan. Kalau kaum hawa tak baca, memang rugi. Terlepas lelaki-lelaki mithali di dunia.

1. Ilmu Agama
Okey, ini normal. Dalam Al-Quran pun ada tertulis. Bijak ilmu agama tidak sama dengan buat-buat bijak. Itu lain maksudnya. Tidaklah seperti Ustazah, tapi cukup sekadar tahu batas-batas agama, perkara wajib juga perlu tahu. Yang sunat juga perlu diamalkan. Cukup. Andai kata lebih, itu lebih membanggakan. Alhamdulillah.

Sebab : Lelaki kadang-kala cepat lalai, so, dia perlu ada yang mengingatkan. Sememangnya lelaki itu sepatutnya bijak juga, tapi perlu ada reminder. 

2. Tudung Bawal

Ini sudah lazimnya saya tulis di laman mukabuku. Banyak kali. Dikatakan, penjualan tudung bawal meningkat, selepas post yang saya tulis. Tak tahulah sahih ke tidak. Tapi kebanyakan lelaki bersetuju. Ada yang kata tudung labuh lagi elok. Ye sangat betul. Tapi had minimum tudung bawal, had maksimum tudung labuh. 

Sebab : Hanya satu. Comel. Itu sahaja. Dulu saya kata, part paling comel, bila mereka meniup atas tudung tu. Kelihatan comel. Ini telah diakui oleh lebih kurang 80% lelaki. Jangan cuba nafikan. 

3. Berkulit Putih/Sawo Matang & Dahi Licin
Ini pun sahih juga. Tak percaya. Boleh buat test. Keluar dengan lelaki, suruh dia duduk satu tempat, cari seorang perempuan yang berkulit putih dan dahi licin sikit, suruh pergi jalan depan lelaki tersebut. Confirm tiga atau empat kali toleh punya. Sila cuba.

Sebab : Hanya satu. Kesucian di muka. Orang kata dari muka turun ke hati. Ada yang kata tak valid statement ini. Sebab tak semestinya perempuan yang berkulit putih itu baik, tapi apa boleh buat. Naluri lelaki sudah begitu.
4. Garang dan Suka Membebel.
Jangan pernah sesekali cuba untuk menjadi garang dan membebel pada lelaki. Sebab apa? Sebab lelaki lebih garang dan kuat membebel dari perempuan. So, hindarilah perkara sebegini. Kalau tidak, memang confirm kena reject.

Sebab : Segarang mana pun, akhirnya dia akan menangis juga. Sebab menyesal. Bebel kuat mana pun, last-last akur jugak. Tidak boleh melawan. So, Tidak perlu. Nampak gelabah saja kalau macam tu.

5. Warna Ceria
Hari-hari pakai baju warna hitam, baju kurung hitam, tshirt hitam, seluar hitam. Okey. Macam berkabung sepanjang tahun. Mengenakan pakaian yang lebih cerah, dan menonjol lebih menarik perhatian.

Sebab : Lebih berkeyakinan, berani dan menyerlah. Tidak terlampau menyorok di belakang. 

6. Baju Kurung
Tshirt. Jeans. Kemeja. HandSock. Selipar jepun. Cardigan. Oh, itu semua pakaian sesuai untuk lelaki. Untuk perempuan kalau pakai selalu. Hilang seri orang lelaki kata. Dorang suka tengok wanita solehah berbaju kurung. Tak kisah lah beli siap dah ke, atau tempah dengan harga beratus ringgit ke atau pun jahit sendiri.

Sebab : Wanita berbaju kurung kelihatan lebih ayu. Tak percaya pergi tanya mana-mana lelaki. Serius. Ini tidak tipu. Kenyataan. 

7. Pandai memasak.
Okey. This is the best part. Sebab memang tak boleh nak tahu. So, kalau part macam ni, terus terang kena tanya. Kalau reti masak maggi je, tak pun goreng telur dadar sahaja. Situasi akan datang, lelaki akan mencari kedai makan di luar dan menjadi pelanggan tetap.

Sebab : Masakan paling sedap di dunia adalah hasil airtangan ibu. Kedua ialah ayah, itu pun kalau ayah tahu masak. Kalau tak, semestinya pasangan hidup. So, kalau tak reti masak, mungkin kena reject awal-awal. 

8. Organize and Smart
Organize dalam bahasa melayu, bijak merancang. Smart banyak maksud bijak, pandai, kemas bersih dan sebagainya. Lelaki melihat cara wanita mengurus, merancang, membersih, melontarkan idea, memimpin dan sebagainya. Jangan mudah gelabah, kelam kabut dan serabut.

Sebab : Supaya keadaan akan menjadi terkawal jika perkara yang tak diingini berlaku. Buat tenang, sabar, redha. Barulah terbaik.

Okey. Mungkin selepas fakta yang kelapan dan gambar yang aku upload ini, ramai perempuan akan bengang dan menyampah. Pertama mungkin, sebab sifat lelaki yang terlampau demand. Atau pun, mereka mungkin bengang sebab antara lapan fakta ni, langsung tiada pada mereka. 

Harus diingat, fakta ini bukan saja-saja direka oleh aku atau sesiapa, tetapi berdasarkan pemerhatian, kajian dan sebagainya. Siapa tidak setuju, sila comment dan tulis tidak setuju. Kalau setuju, buat tenang, dan cuba perbaiki diri. 

Sekian. Harap Maklum. Assalamualaikum. Salam untuk kekasih semua. 



10 comments:

  1. wahahaha.. aku setuju!!! -kacak-

    ReplyDelete
  2. ah aku tanak cari orang malaysia ah cenggini! HAHAHA

    lin
    @lynnlovesueda

    ReplyDelete
  3. fuyooo.. hehehehe... Mr Press femes... pas ni tinggal tunggu jemputan walimatulurus je la... =P

    ReplyDelete
  4. tunggu mr pres punya walimah la..x sabarnya....ase cam x lame dah tu..hik3...saya mendoakan yang terbaik buat kawan2 saya...

    ReplyDelete
  5. ak setuju!cuma yang 6 and 7 tu boleh tolak tepi sikit...hahaha

    ReplyDelete
  6. mmg inginkan se2org yg berpengetahuan agama..sbb bg sy hanya wanita berciri seperti itu bleh dihrp..sbb tu kita slalu dgr,klu nk pilih teman hidup,kna pilih yg beragama..
    xsalah utk mimilih wanita cantik yg bercirikan seperti yg afiq sahidi katakan tu,sbb bila some1 itu jd teman hidup kita,sudah tentu tiap2 hari kita tatap wajah dia btul x..waallahualam..

    ReplyDelete
  7. aku xbuat tenang afiq, aku mmg tenang.hehe. aku doakan dapatlah dikau wanita seperti yang sifat2nye tertera di atas. Amin~ Bagus2.. Setiap manusia berhak demand, untuk diri sendiri kan, org laen nak ckp lbey buat ape, ye dak.hehe. =D

    ReplyDelete
  8. aku xbuat tenang afiq, aku mmg tenang.hehe. aku doakan dikau dapatlah wanita yg sifat2nya seperti yg tertera di atas. Amin~ Bagus2.. Setiap org berhak demand, tp perlu setara dgn keinginannye.. Semoga boleh berusaha menjadi insan yg lebih baek, insya-Allah.heeeeeeeee =D

    ReplyDelete
  9. seperti juga lelaki, saya selaku wanita juga berkeinginan yang sama yakni yang paling penting tahu agama, berfikiran matang, tenang dan kemas penampilan ...sokong anonymous di atas...

    ReplyDelete